Thursday, May 27, 2010

sekali pun sekejap cuma masa.
sekalipun kami hanya bertatap melalui maya.
sekalipun cuma kata-kata yang menterjemah minda.
sekalipun mata berpinar menahan lelah,
itu sudah cukup.
cukup dari yang tiada.
terima kasih,akak-akak.

Tuesday, May 25, 2010

tak banyak yang berubah~

sekali sekala mengimbau kenangan lalu memang seronok.
dan most of the time,pasti ada air mata yang turut menemani layangan fikiran yang membatuti masa lalu.
sedar tak sedar,masa berlalu dengan sangat sangat cepat.
hingga kadangkala,sesak!
sesak memikirkan segala kemungkinan  yang bakal berlalu.
aku menulis secara general dari
sudut pandangan seorang manusia yang khilaf.
yang sangat unsignificant,
di mata manusia.\jauh sekali di mata Dia.

sekali sekala, menyusur lantai masa depan,
apa salahnya, bukan?
walaupun ianya belum pasti mengukir yang indah,
namun tak pasti juga yang sakit dan derita itu akan terus menemani masa depan.
tapa, yang pasti tiada salahnya bukan menggarap mimpi,
sekalipun hanya sesaat dua.
sungguhnya, biar sakit mimpi itu,
biar keanak-anakkan mimpi itu. namun itu  tetap mimpi aku,siapa yang bisa pertikaikan?
seklipun, kadangkala dengar gelak ketawa mereka,
cuba menggugah pendirian ku,
seklipun, tampak biasa tancapan mindaku,
namun siapa mereka untuk mempersoalkannya.....

sekali sekala, mengintai jendela kehidupan,
tiada salahnya mempersoalkan keupayaan diri,
kadangkala sesaknya hidup bisa mendewasakan akal.
mematangkan fikiran, menjernihkan kelamnya msa depan.
tiada salahnya meniru yang lain,
untuk mengislahkan jiwa,
mentarbiah diri...namun kadangkala, hati sering berbolak balik, menanya itu ini,
hingga jawapannya tersadai di pantai pemikiran,
sekali lagi, aku menlis bagi menterjemah rasa hati.
yang tiada bisa difahami oelh sesiapa pun selain Dia..

sekali sekala, menginjak ke usia muda semula tiada salahnya bukan?
sekali sekala, menyusur titian kehidupan,walaupun goyah, tiada peliknya bukan?
sekali sekala, menghimpit masa lalu agar terus hilang dari kotak fikiran, tidak terlalu kejam bukan?
entahnya, mungkin aku yang paranoid?

Monday, May 10, 2010

astagfirullah....

sakitnya,Ya Allah...
bila diuji begini..
sakitnya Ya Allah...
bila ketetapan seumpama ini...

tak banyak yang aku nak buat,
selepas berdoa,
melainkan..
nak peluk mama untuk sekejap?

Saturday, May 8, 2010

bila angin menghembus khabar gembira....

bila angin menghembus nafas gembira,
ku kira itu nikmat Illahi.
ku kira itu anugerah ya Rabbi,
ku kira itu hadiah dari sang pencipta,
ku kira itu penghargaan ya Latif.

rupanya,
bukan itu sahaja tentang perihal angin.
angin yang membelai,
angin yang menghembus,
angin yang bertiup,
membawa nafas bahagia,
gembira, senang hati, suka hati,
dan sekarang,
angin sedang membuai lagu indah
mengukir kata gembira,
membicarakan perihal 'KAMI'.
mendebatkan kemesraan 'KAMI'
merungkai keluh kesah 'KAMI'

sungguh..aku gembira,
bersama angin, bersama awan,
bersama matahari,
di sebuah taman,
yang mengukir sejarah 'KAMI'
yang sedang memerhati telatah 'KAMI'
yang sedang menonton perihal 'KAMI'

biarpun,
bila setiap kali angin menghembus,
dia membawa pergi kenangan lalu,
dia mengusir jauh memori itu,
namun,aku masih lagi gembira,
kerana kesejukan angin yang memnghembus nafas gembira 'KAMI'
masih lagi basah dalam ingatan,
masih lagi utuh dalam pemikiran.

biarpun,
angin membwa pergi kenangan KAMI,
namun aku akan terus di sini,
bersama awan, bersama matahari,
yang masih setia,
menemani bumi,
aku akan terus di sini,
menanti 'KAMI' untuk terus sama-sama
berjuang.berjihad,
atas nama cinta ILLAHI.


sahabat,
angin yang menghembus ini.
membwa bersama kenangan KITA.
namun yang pasti,
angin itu juga mengukir kegembiraan kita,

terima kasih angin...........
terima kasih ILLAHI.

~for such a flawlessness plan that YOU gave me,
with my classmates.

Friday, May 7, 2010

sekali lagi???

sekali lagi tersentak?
melihat sahabatku,'yang sama bergelak tawa,
mengulam mimpi bersama,
menyirat cita-cita bersama,
menangis, mengelap air mata bersama,
berhibur bersma,
meneguhkan hati bersama,
pergi begitu sahaja...

insan rabbaniah, mana kau bersembunyi???!!!
mengapa mesti nafsu yang nafsi yang mendominasi diri?!!
ya Allah,
dugaan kah ini,
melihat sahabat seperjuangan hilang dalam kemelut dunia,
bukan salahnya,
bukan salah sesiapa,
tapi salah ku....seperti biasa,
slahku.....

Thursday, May 6, 2010

bahagia dengan cara KAMI...

biarlah mereka berteriak,
menggugah dunia sekalipun,
mengcanang itu ini teantang KAMI,
namun KAMI akan tetap menjadi KAMI.

biarlah mereka tertawa,
pada perihal KAMI,
bahan gurauan, senda,
meniti di bibir mereka,
kekadang menyesak jiwa,
menghimpit rasa,
menusuk hati,
namun KAMI akan setia menjadi KAMI.

biarlah mereka dengan tangisan sendri,
menumpah ruah di bumi,
menyimbah ke pelusuk dunia sekalipun,
namun KAMI adalah KAMI.

biarlah mereka dengan perihal mereka,
yang asyik dengan dunia,
yang lalai dalam tawa,
yang alpa dalam bahagia,
yang gembira tanpa rahmat-Nya.

dan KAMI?
bahaga dengan cara KAMI sendiri,
gelak tawa KAMI,
demi ukuwah kerana ILLAHI,
tangis duka ,
KAMI kerana cinta yang tak berbelah bahagi.
senda gurau KAMI,
kerana mencari diri KAMI,

biarlah,
sekali pun dunia melutut pada KAMI,
meminta KAMI berpisah,
mengharap KAMI berpecah,
memohon KAMI berlerai,
KAMI akan tetap KAMI.

dan moga ukhuwah KAMI mengharum ke pelosok dunia,
mewangi hingga ke syurga,
meresap ke setiap urat nadi,
menjalar ke setiap lapisan buana.
membuat MEREKA cemburu,
membuat MEREKA terdiam bisu.
membuat MEREKA sepi sendiri.

dan AKU bahagia dengan KAMI
AKU bangga dengan KAMI,
AKU senang dengan KAMI,

YA ALLAH,
hanya padaMU kami memohon
menggarap cinta dari lautan luasMU,
mengukir kasih pada saujana langitMU
memintal bahagia di siratan anginMU,
terima kasih ya RABBI,
dengan CINTA ini...

Wednesday, May 5, 2010

aku menegur kerana??

Pertama-tamanya....
maafkan aku untuk pihak2 yang terlibat,
secara tidak langsung mahupun secara langsung.
pada aku memang agak kasar, kerana directly pointed the mistake to one person ONLY.
again.it was a mistake which i think everyone got the share that contribute to the mistake.
again.
I'M SORRY.


it wasn't only ur mistake.
banyak benda yang aku nampak salah.malah, lebih dahsyat.ku juga buat benda yang sama.
kesalahan yang sama.most of the time, orang yang bercakap tak nampak kesalaha diri sendiri.
dia asyik akan bercakap dan terus becakap. emberi contoh yang itu
dan yang ini, tanpa dia sedar yang dirinya merupakan contoh terbaik kepada 
setiap kesalahan yang berlaku..
dan aku tahu...aku adalah orang juga,
tak banyak aku minta.tapi, keadaan , tolonglah!tolonglah tegur aku yang sangat hina ni.
tapi tiada siapa yang menegur!
tiada siapa yang bercakap, ini salah!ini bukan yang ISLAM ajar!Ini bukan yang Allah nak!
dan kalau betul pun ada, 
AKAK USRAH, yang aku rasa aku agak hipokrit di situ.


there are many things yang aku rasa nampak kesalahannya.
yang ketara jelas bukan yang ISLAM ajar.


seperti yang pernah dicakap.
aku menegur pada diri sendiri.
yang asyik lupa akan peranan sendiri.
yang selalu hanyut dalam dunia yang aku kira kononnya akan selalu membahagiakan.


IKHTILAT!
inilah masalahnya...
yang aku rasa sejak mendapat tarbiah tak banyak yang boleh aku ubah..
masih terus begini.
masih gembira begini.
masih syok sendiri.
kononnya, biasa ja...


"...apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi)
maka mintalah dari belakang tabir. (Cara) ini yang demikian itu lebih suci bagi hatimu
dan hati mereka....." (33;53)


dah lama aku dapat ayat ni.(tadabbur)-informally.
almost 1 month,sejak seorang sahabat nak menggambarkan betapa
Allah nak menjaga hati-hati yang menjadi takhta ni.
betapa nak gambarkan Allah dah tunjukkan cara untuk kita bersihkan hati,
sucikan hati,betapa Allah sayang hati-hati yang kian gelap ni.


aku selalu tertanya, sebab apa ya hafal al-Quran selalu lupa,
hafal yang itu yang ini selalu lupa.
rupa-rupanya ini.HATI AKU yang kotor..yang dah tak suci.yang gelap.
betapa pada zaman Nabi , hingga ada tabir untuk berinteraksi dengan perempuan
yang bukan mahram.
yang bukan milik kamu.
yang bukan hak kamu,
sekarang?????
dalam kelas, kat dewan selera, dan even kat surau!!!
betapa banyak hati yang dah jadi tak suci ni??
betapa banyak hati , yang syaitan telah korbankan?
betapa banyak hati, yang dah ternoda???


dalam kelas,
berapa banyak hati yang dah sengaja dikorbankan dan yang terkorban...
bendanya nampak macam simple.
kononnya tak da papa.
classmate ja..kita kawan ja..kita classmate kot.
tapi bukan ke masih lelaki dan perempuan?
masih saling bukan memiliki antara satu sama lain.
yang masih haram sesama sendiri?
yang bila mata terselit dengan panahan syaitan tu,
tersingkap ke mata yang satu lagi, dah ada yang ternoda?
astagfirullah...


"kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa.
maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara
sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya" (33:32)


cuba senaraikan siapa manusia yang tiada penyakit dalam hatinya???
cuba bagitau sapa yang tak tergoda???
siapa???


itulah masalahnya....itulah yang tak betulnya,....itulah yang menjadi puncanya....
tapi sampai bila..
aku mngaku,
aku pernah menjadi salah seorangnya, mungkin secara sedar, atau mungkin secara tak sedar.
atau mungkin saat diri mengalami futurnya iman...


tapi, lelaki...tolonglah...


bila ada hadis yang terukir dalam sejarah manusia berbunyi begini...


"ada tujuh golongan yang dinaungi arasy Allah, antara salah satu golongan yang dinaungi oleh-Nya,
pemuda yang apabila maksiat datang kepadanya , dia menolak,kerana Allah..."


dan sekarang baru aku faham.
berapa ramai sangat lelaki yang apabila perempuan bersuara lembut kepadanya,mampu dia berkata 
"jangan lembut sangat..." "keraskan suaramu.."
betapa sangat lelaki yang apabila perempuan, mendekatinya , dia mampu untuk berkata...
"jauh sikit..." "jangan dekat sangat"
betapa ramai lelaki yang apabila perempuan buat salah,
mampu untuk menegur?
tak...i'm not trying to prove who is the right and who is wrong..
tapi jangan menidakkan tanggungjawab anda...


baru aku faham mengapa golongan ni Allah, 
beri privilege  sebegini hebat..sebegini tinggi..
sebab susah sangat nak jumpa lelaki yang sanggup untuk ketepikan kehendak sendiri,
demi memartabatkan ISLAM.
untuk Allah.


again.
aku tak menyalah sesiapa.
menyalahkan diri sendiri,
yang walaupun a series tarbiah yang aku dapat, 
tapi masih begini....
sekali lagi maaf,
sebab aku menegur.
menegur diri sendiri,
menegur supaya kita sama-sama berada di dalam golongan tu.
menegur kerana ALLAH. insyaAllah...












Sunday, May 2, 2010

Sahabatku bertanya,
"kalau perempuan jatuh cinta,apa yang akan dia buat?"
aku senyum sendri,out of sudden,
an unexpected question from a best friend who i never thought to ask me such question,
mungkin, dia tengah runsing memikirkan sesuatu.
but, somehow that question lingering by vague mind.
undeniably, its hard. again. it difficult to explain.
if it is explainable, it still wouldn't be able to reach the real content of the heart.

bergantung la pada CINTA tu,
Rabiatul Adawiyah pernah berdoa,
"YA ALLAH, andai cinta-Mu berada di neraka, maka campakkanlah aku ke dalam ke neraka"
SubhanAllah, mungkin itu tahap di mana selfishness is zero, or maybe negative.
dan pada diri yang sedang menulis,
itu adalah kayu ukurnya,
mampu ke aku?
tahap dimana dalam hati tiada lagi cinta untuk dunia, tiada lagi cinta untuk manusia,
tiada lagi cinta yang sementara cuma.SubhaAllah.

Sekali lagi, melihat sahabat2 yang pernah berjuang asyik dengan cerita cinta mereka.
yang mereka yakin akan bawa ke syurga, yang mereka yakin akan beri jaminan bahagia dunia,
yang mereka claim, hati akan tenang cinta yang begitu. aku sedih sendiri. Sedih melihat rendahnya martabat cinta pada
pandangan manusia.

"Sesungguhnya di tengah2 kamu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti kemahuanmu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan.Tapi Allah menjadikan  kamu CINTA kepada keimanan, dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu. seta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan-jalan yan lurus."

Ayat kesukaanku ini, menjadi base bahawasanya, penciptaa dunia, penciptaan manusia, penciptaan Rasululah,
iman, Islam, hidup, mati, dunia, akhirat, atau apa-apa pun,
dasarnya adalah CINTA, cinta Allah buat hambaNya.

Dan ini,
pandangan hati buat cinta pada manusia....

Semalam ada seorang sahabat berkongsi sesuatu, betapa dia rasa sedih masih wujud perasaan cinta buat lelaki ajnabi, yang bukan haknya secara zahir mahupun batin, betapa dia rasa bersalah menyukai seseorang yang jelas haram baginya. Betapa dia rasa terkilan, kerana sebagai seorang mujahadah yang memburu syahid yang memburu cinta Allah,  yang berjuang di jalan Allah, cinta di hati buat 'dia' masih berbekas...

dan aku, tunduk dalam diam...
ketika itu akal mendominasi bicara.
mengukur diri sendiri.
membasah hati yang kian kering.
muhasabah iman.
menrefleksi akhlak.

sepanjang tempoh aku memegang amanah ini, hinanya aku kerana tak pernah terfikir hal itu.
hinanya aku kerana selalu men'judge' hubungan cinta orang lain, tanpa sedar hati ini kotot dalam debu yang paling dalam.
hinanya aku yang selalu merasakan yang bercouple itu, tidak baik.
yang bercinta itu, tidak manis.

Islam yang aku anuti bukan agama yang menyuruh untuk kita membandingkan betapa baik diri kita, dan betapa jahat orang lain.
Bukan untuk membangga betapa kuat iman kita, dan betapa lemah iman orang lain.
Betapa bagus akhlak kita, dan betapa hina akhlak orang lain.
Betapa hebat ilmu agama kita, dan betapa cetek ilmu agama orang lain.
Betapa superb jiwa rabbaniah kita, yang betapa nafsinya jiwa orang lain.

Sekali lagi, melihat sahabat2 yang pernah berjuang asyik dengan cerita cinta mereka.
yang mereka yakin akan bawa ke syurga, yang mereka yakin akan beri jaminan bahagia dunia,
yang mereka claim, hati akan tenang cinta yang begitu. Doa ku kirim dari jauh.....

Seorang yang disanjungi pernah berkata,
"Aku mencintaimu kerana agamamu, andai hilang agamamu darimu, maka hilanglah cintaku kepada mu..."

Buat cinta pada manusia yang pernah hadir,
mengetuk hati, moga ianya akan terhapus dengan cinta Allah.

Buat hati yang masih degil dengan cinta manusia,
padaku, "to love is to let them go..."
if you love somehow,he/she but if he/she does not destined for u, is it still worth it to love them?
biarlah mereka pergi..
dan andai dia tercipta untukmu , masa akan mengatur suatau masa yang lebih sempurna untukmu.
mereka akan kembali.Pasti.Janji Allah siapa yang mampu menafikan???
Dan anadai hati kamu mash ragu-ragu dengan janji Allah,
reflect ur iman. my iman.
maknanya kamu meragui Tuhanmu sendiri..
Biarlah Allah yang jadi saksinya.
Biarlah Allah yang menentukannya. Kerana itulah yang terbaik.

Mungkin itulah yang akan dibuat oleh seseorang apabila dia jatuh cinta~~