Monday, December 6, 2010

tak sabar nak ke syurga~

bukan akal yang menulis, tapi hati..
bukan empunya diri yang menulis, tapi Allahlah yang menggerakkannya...

bila hidup seakan-seakan nampak tak lagi memberi sinar..
bila exam dunia tak nampak lagi ke'gentaran'nya..
bila saat yang berlalu, yang akan berlalu, rasa cuma nak bersama Dia dan mereka.
bila ada benda yang dikesalkan, takut....
andai lupa yang dulu aku pernah menyesal dan berjanji untuk tak mengulanginya..
bila fikiran dan memori mengimbau kenangan lalu, rasa selesa untuk hidup dengan memori.
bila diri takut hadapi kenyataan, ingin mengetuk takut itu sekuat-kuatnya.

sungguh, bukan aku takut...
cuma hidup tu tak seindah laskar pelangi,
sekali awan hitam membadai hati,kelam...
hingga tak nampak lagi megapa perlu aku senyum...


memori 2 minggu lalu...
"tok, kak long nak bawak tok jalan2 kat alor setaq.nanti tok siap2 la.."
"esok tak boleh,nak buat ketupat..."
"bukan esok, tak pa..bila-bila nanti yang tok senang,kita p jalan2 kat alor setaq"
"ok"....

antara percaya atau tak...
inilah yang menjadi drivng force untuk aku berjuang merebut cintaNya di syurga.
sungguh,tak sabar nak ke syurga...
bersama mama, ayah, adik-adik, family, sahabat, kawan-kawan, jiran....


tok meninggal, terkejut.sungguh.sangat terkejut.time-time exam mcm ni, ujian dari Allah yang mcm ni aku tak pernah expect.kalau dulu, time tgh spm, Allah ambik pak njang,dan selepas tu aku sangka, itulah ujian paling hebat, dan 'mungkin' ujian sebegitu tak lagi berulang. ternyata , rancangan Allah lebih hebat.....

lebih kurang sebulan yang lalu...
aku dan sahabat, menangis...sama-sama mentadabbur SEMAI BENIH-BENIH D SYURGA..bez sgt.terharu, penyantun dan pengasihnya Allah. cuma ada satu part aku tak paham....


DI SYURGA ADA PASAR pada hari JUMAAT....

kenapa perlu ada pasar kalau semuanya boleh dapat dalam syurga,kenapa perlu ada pasar kalau semuanya boleh mnta, even lintasan dalam hati sekalipun Allah boleh tunaikan..

dan hari ni, hari yang baru berlalu tanpa tok sebagai penguat pasak hidup, aku dah tau kenapa Allah buat pasar di syurga....



sebab aku tak sempat bawak tok jalan-jalan kat dunia...mcm mana aku tak sempat bawak ayah jalan-jalan kat dunia...ayah ngan tok ja yang selalu bawak aku jalan-jalan...

jadi, kat syurga, janji aku dengan tok dan ayah, boleh ditunaikan....

comelnya Allah.....

exam paper last, aku mengaku, aku memang tak boleh buat...tak study tu satu hal la..
(sori teacher)...tapi, jiwa dah tak boleh compromise dengan exam dunia..


ok la.tu memang tak boleh dibuat pengajaran...

demi syurga yang mahalnya tak terkira...
air mata dalam sakitnya hati berjuang dengan takdir, reda dan tabahlah....
Allah yang MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG
bukan menyeksa hambaNya, tetapi sedang meyediakan yang terbaik untuk mereka.



aku akan berjuang...
demi cintaNya di syurga~