Monday, February 28, 2011

semalam, makan bihun sup utara..hehe..finally, dapat jugak makan...walaupun sebenarnya teringin nak makan laksa kedah, tapi sama la jugak kan asal makanan tu..kira ok la tu...
mama kata, balik nanti boleh mandi dengan kuah laksa...hehe...ok, mama..pegang janji anda..
rupanya, mak Bella buat bihun sup sambut birthday ayah dia, hari sabtu...balik2 bilik, rezeki lagi...
ada kek chocolate cheese cake..(ok, dik yu, dik nan, boleh jeles dengan kak long sekarang)
rupa-rupanya, birthday ayah Baizurina pulak..hari ahad...

hari ni, hari isnin..."Malia tak ucap lagi birthday ayah Malia"
hehe...aku senyum lagi...senyum dalam sakit, senyum dalam cemburu...
Ya Allah, hati ni bila nak jadi redha ni...
bila nak redha dengan segala ketentuan...

"selamat hari lahir yang ke-45, pak cik..."
sempat jugak wish ayah Bella. ada sahabat yang senyum2, boleh pulak anda wish kat ayah orang lain ek...

selamat hari lahir, ayah.... yang ke-49...

Sunday, February 27, 2011

bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba~


        tak nak jadi seperti kafir yang hidupnya seperti fatamorgana (24:39)

        tak nak hidup dalam lautan dalam, berlapis gelombang, diliputi awan tebal tanpa kasihNya (24;40)

      tak nak hidup dengan hati yang keras daripada batu tanpa hidayahNya (2;74)



        tak nak bernafas dalam jasad yang teruk daripada binatang ternakan. (7;179)

tapi itulah aku yang dahulu, dalam memori dulu...
 yang tak mengenal Dia,,

Saturday, February 26, 2011

Astagfirullah~~

"Katakanlah, "Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu nyatakan, Allah pasti mengetahuinya. " Dia mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu (QS Ali Imran: 29)

"Yang melihat engkau ketika engkau berdiri (untuk shalat). Dan (melihat) perubahan gerak badanmu di antara orang-orang yang sujud." (QS Asy-Syu'ara` : 218-219)

"... dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan." (QS al-Hadid: 4)
"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat -(yaitu: pandangan kepada hal-hal yang terlarang, seperti memandang kepada perempuan yang bukan mahramnya)- dan apa yang tersembunyi dalam dada." (QS al-Mukmin: 19)


 

Friday, February 18, 2011

menangis kerana Allah?

seorang sahabat sebentar tadi menangis.kerana apa?
entah la...aku, kalau menangis.sebab rindukan mama, rindukan adik-adik, ayah, tok..semua yang sengakatan dengannya. menangis kerana letih, marah...semuanya..undercontrol condition...
mcm2 sebab ek kita menangis, tapi sahabat ni menangis setiap kali nama Allah meniti di bibirnya...
SUBHANAALLAH...seorang sahabat yang Allah berikan cinta, rahmat dan kasih satangNya dan hamba menyambut dengan penuh ketaatan.
 ingat lagi, dulu2, waktu blek ke kedah bersama 'sahabat' ni, kat situ ja la berjumpa, bersembang puas-puas.
nak bercakap tentang Allah, tentang ISLAM, kadang-kadang...kali kali ni dia berubah. satu perubahan yang aku kira sungguh menakjubkan di bawah janjiNya. subhanaAllah , berkali-kali hati di goncang-goncang Allah, nak tunjuk, "TENGOK la. shabat kamu, macammana dia berubah...diri tak sedar2 lagi ka?" itu adalah monolog dalaman.........monolog dalaman seorang hamba yang sedang mencari jalan pulang. sedang berubah, sedang mencari cintaNya, sedang bergerak mencari persediaan untuk kampung yang kekal abadi yakni akhirat..


sekarang pukul 6.45 petang, baru blek dari blok akademik. yaAllah, letakkan dunia di tanganku, jangan di hatiku. moga peluh, letih, penat kita semua disalurkan di jalan Allah, termaktub dalam perhitunganNya, seterusnya menjadi pembantu di SANA... selamat berjuang semua!!!

Saturday, February 12, 2011

kembali ke fitrah insani

semalam menangis, ketawa, menangis ketawa bersama sahabat..sahabat dunia akhirat, sahabat yang bakal menarikku ke syurga andai kata tergelincir ke neraka dek dosa yang tak terkata, sahabat susah senang, sahabat pengubat jalan dakwah...
 selepas mendengar satu lirik lagu, that's the initiator...

" ingin aku kembali, 
kepada fitrah insani,
tak sanggup ku jelajahi rimba duniawi"


mungkin semua tengah letih, penat sedih dengan kehidupan dunia IB yang terceruk di lembah Bukit Changgang ni. terperuk dengan ruang lingkup kehidupan sendiri yang dirasakan paling penting, paling hebat bermakna , paling sibuk...tanpa sempat menjengah lembah masyarakat duniawi yang sesat dan concentrated dengan ketidakpatuhan kepada Illahi...


mungkin semua tengah mengenang masa- masa yang berlalu sepanjang 20 tahun ni, betapa banyak sebenarnya yang diperuntukkan untuk betul-betul berjuang atas namaNya, menegakkan agamaNya, memberikan hakNya, memperhambakan diri, menyerahkan diri sepenuhnya pada Dia yang Maha Esa.



seorang sahabat lagi berkongsi Hidup itu bukanlah 'hidup' tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.subhanAllah..
dan bila hati mula menutur bicaranya lagi, rupa-rupanya selama ini hidup yang dijanjikan syurga dan neraka itu membuatkan diri merasakan perlunya mentakuti Allah sepertimana takutnya seorang manusia kepada pemerintah yang zalim, sedangakan Allah begitu romantis dengan bicara pujukanNya, mengapa perlu punya takut sebegitu..
takut yang seharusnya ada adalah takut untuk melukai cinta Allah untuk hambanya, takut mengguris keredaan Allah unuk hambaNya, takut untuk mencalari kepercayaan yang Allah berikan untuk bernafas dalam jiwa hamba di dunia serba fana ini...

entahlah....seribu satu perasaan sebenarnya...pergolakan hati yang tiada cara untuk diubati lagi, selain dengan rendah diri sujud memohon petunjukNya..sujud memohon keampunan dan keredaNya, bagi meneruskan perjuangan hidup sebagai hamba...

  "di atas nama cinta, pada yang selayaknya kunafikan yang fana...
moga dalam hitungan setiap pengorbanan, agar disuluh cahaya redaNya...
biar sendiri hingga hujung nyawa..agar tak sepi dari kasihNya....
kerna sesungguhnya hakikatnya CINTA, hanya Dia yang Esa..."




masalah HATI perlu diselesaikan segera...selamat berjuang sahabat!