Saturday, June 25, 2011

kejar.

percayalah...
bukan tangan yang menulis, tapi hatilah yang membisik.

bukan empunya diri yang melakar, namun Dialah yang memberi ilham.

buat akhawat, yang ku cintai demi dakwah dan tarbiyah..
kerana Allah dan Rasulullah.

moga hati terus subur dibajai hujan rahmat kasih sayangNya.
berdaun rimbun dengan akhlak rabbaniah..
berbunga indah dengan ruhi seorang daie' sejati,
hingga harumnya mewangi,...
menyebarkan haruman syurga duniawi
di celah zarah jilsah tafakur dan tanasur..
warna warninya mencorak dunia yang tunduk pada hak Rabbul 'Alamin..

itu suara hatiku...
antara nafsu dan iman.
sungguh , pada saat dan ketika ini , aku tersepit.

wahai sahabat, sungguh aku bimbang.
di sebalik labuhan tudung yang zahirnya menutup aib dan aurat,
namun benangnya celupan jahiliah.

sungguh aku gusarkan pada saat dan ketika ini, akalku sudah tidak bisa menafsirkan
siapa jahiliah...
sehingga sepertiinya aku senang memeluk jahiliah.

di sebalik sejuk dan segarnya embun sepertiga malam,
aku rindukan sentuhan dahi di hujung sajadah.
betapa Allah turut merindui rintihan hambaNya.
sedang diriku masih diselimuti keasyikkan dunia.

benarlah.keseronokan yang seketika tidak menjamin kelangsungan kebahagian akhirat.

betapa hatiku ketika ini , meronta.menjerit.merintih.
fitrahku membisik,bisikan penuh kesyahduan...

"bangunlah wahai khalifah Allah...
bangunlah dari tidur lenamu...
ingatlah pada ketika wahyu dari Yang Maha Esa turun kepada baginda..
lantas baginda berkata "berakhir sudah masa tidurku"
bangunlah!
dunia dakwah dan tarbiyyah tidak memerlukan mereka yang bersembunyi.
ketahuilah jika kamu memilih untuk tidak turut serta dalam peperangan ini,
masih ramai lagi 'jentera dan tentera Allah"

suara kebangkitan ummah bergema.
menggoncang dunia. sedang aku masih di sini.
sedang KITA masih termanggu sendiri.
pengejar akhirat , bukan seorang yang PEMALAS
pengejar akhirat bukan seorang yang pengotor.
pengejar akhirat bukan seorang a'si (si pembuat maksiat).



~jadi apa yang sedang KAU kejar sebenarnya...???~


Friday, June 3, 2011

semalam dan hari ini.

semalam.
aku masih mencari.
mencari diri dalam kelamnya masa silam.
mencari identiti dalam sibuknya perihal dunia.
mencari kekuatan saat masa menjenguk dan berlalu.
mencari.

semalam.
Allah berbicara tentang sabar dan tabah,
dengan sebuah kem
atian.
SEKALI LAGI.
Allah turut berbicara perihal sebuah peringatan.
yang kematian bisa menjemput.
bila-bila masa sahaja.
tidak dibatasi tempat,mahupun masa.
tanya saja pada semua orang, mereka  sudah bijak.semuanya tahu akan hakikat tersebut.
namun, tidak semua mengerti.memahami.menyedari.
hinggalah pada saat nyawa di kerengkongan.

dan kamu menjadikan rezeki yang kamu terima daripada Allah untuk mendustakanNya.maka, maka kalau begitu, mengapa tidak menghalangi ketika nyawa telah sampai di kerongkongan , dan kamu ketika itu melihat Kami lebih dekat kepadanya, tetapi kamu tidak menyedarinya...al-Waqiah~

sungguhlaah...dua nikmat yang selalu dilupakan oleh umat manusia
sihat dan masa lapang.

suka untuk saya berkongsi,sebuah lagi keprihalan iman.seperti kata seorang sahabat, marilah duduk dan beriman sejenak.

"Banyak orang tertawa tanpa mahu menyedari sang maut sedang mengintainya. Banyak orang cepat datang ke saf solat lagaknya seperti orang yang amat merindukan kekasih.
 Namun, 
sayang ternyata ia datang tergesa-gesa hanya agar dapat segera pergi.
 Seperti penagih hutang yang kejam ia perlakukan Tuhannya.
Ada yang datang sekadar memenuhi tugas rutin mesin agama. Dingin, kering dan hampa,tanpa penghayatan.
Hilang tak dicari, ada tak disyukuri.
 Dari jahil engkau disuruh berilmu dan tak ada izin untuk berhenti hanya pada ilmu.
 Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang ALLAH berikan.
 Tanpa itu alangkah besar kemurkaan ALLAH atasmu.
Tersanjungkah engkau yang pandai bercakap tentang keheningan senyap ditingkah rintih istighfar, kecupak air wudlu di dingin malam, lapar perut kerana puasa atau kedalaman munajat dalam rakaat-rakaat panjang?
Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam hatimu tak ada apa-apa?
Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka baik orang-orang berhati jernih, bahawa engkau adalah seorang soleh, alim, abid lagi mujahid, lalu puas meyakini itu tanpa rasa ngeri.
Asshiddiq Abu Bakar Ra. Selalu gementar saat dipuji orang. "Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku kerana ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak tahuan mereka", ucapnya lirih.
Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan dana,lalu ia lupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi.
Ada orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan sebagian menyebut-nyebutnya.
Ada orang beramal sedikit dan mengklaim amalnya sangat banyak.
Dan ada orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu merasa banyak amal dan menyalahkan orang yang beramal, karena kekurangan atau ketidak-sesuaian amal mereka dengan lamunan pribadinya, atau tidak mau kalah dan tertinggal di belakang para pejuang.
Mereka telah menukar kerja dengan kata. Dimana kau letakkan dirimu?

Saat kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing.
Begitu kerap engkau bergetar dan takut.
Sesudah pengalaman dan ilmu makin bertambah, engkaupun berani tampil di depan seorang kaisar tanpa rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa.
Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu sehingga getarannya tak terasa lagi saat maksiat menggodamu dan engkau menikmatinya?
Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaatpun kau kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa jinjang kedewasaan rohani meninggi.
Rasa malu kepada ALLAH, dimana kau kubur dia?
***
-koleksi taujih ustaz K.H. rahmat abdullah

ini cerita hari ini.
semoga iman lebih hebat dari semalam.
amin, ya Rabbal 'Alamin..

kita adalah kita.kekal sebagai ansarallah

kita bukan pertubuhan politik
sekalipiun soal-soal siasah yang berdasarkan kaedah-kaedah Islam merupakan intipati fikrah yang kita perjuangan.
kita bukan pertubuhan kebajikan 
sekalipun amal-amal kebajikan dan kerja-kerja Islam merupakan tujuan kita 
yang paling besar.
kita bukan pasukan riadah, 
sekalipun kegiatan-kegiatan riadah, baik untuk jasad dan roh adalah merupakan 
wasilah kita yang paling penting.
kita tidak tergolong ke dalam pertubuhan-pertuguhan yang ada sekarang.

kerana semua pertubuhan ini munculsebagai hasil matlamat-matlamat
yang diada-adakan, terbatas dan untuk masa yang terbatas.

boleh jadi pertubuhan-pertubuhan itu diwujudkansemata-mata ingin menubuhkan sesuatu pertubuhan dan didorong oleh keinginan untuk mendapatkan ganjaran-gelaran, dan pangkat dalam penyusunan pentadbiran organisasi pertubuhan itu..

tetapi perjuangan kita adalah perjuangan fikrah dan akidah, satu sistem dan method yang tidak diatasi oleh tempat, tidak terikat kepada satu-satu jenis keturunan,
tidak diatasi  oleh batas-batas geografi,
dan tidak akan tamat dengan penyelesaian satu masalah,
malah akan berterusan hingga ke hari kiamat,
kerana Islam adalah sistem ciptaan Allah,
Tuhan semesta alam dan method bagi rasulNya yang amin..

dengan tidak bermegah-megah,
kita menyatakan kepada manusia seluruhnya bahawa kita adalah pengikut sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. 
pendukung panji-panji Islam setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.
kita adalah orang-orang yang menjulang kembali bendera Rasulullah s.a.s.
sebagaimana para sahabat telahmenjulangnya.
kita akan menyebarkan dakwah Rasulullah s.a.w. 
sebagaimana para sahabat telah menyebarrkannya.
kita akan memelihara peranan Rasulullah s.a.w. 
sebagaimana para sahabat telah memeliharanya.
kita akan menjadi pembawa berita gembira melalui dakwah Rasulullah s.a.w.
sebagaimana para sahabat telah berbuat demikian dan sebagai rahmat kepada sekalian alam.
tidak lama lagi kamu akan mengetahui berita ini. 

KAMU adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran.
KAMU adalah satu cahaya baru yang memancar yang akan menghancurkan
kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah.
KAMU adalah suara-suara lantang yang 
melaungkan kembali dakwah Rasulullah s.a.w.


IMAM HASSAN AL-BANNA

Thursday, June 2, 2011

sebuah kisah comel~

ini bicara tentang DIRI
diri yang makin hanyut ditelan kesenangan dunia.
diri yang kian cair dihangat kegembiraan dunia.

betullah.sekalipun kecil cuma perbuatan mahupun percakapan kita.
sandarlah ia kerana yang Esa.
kalau tidak.rugi.sia-sia.penat.lelah.letih.
mungkin gembira sekejap.
namun ianya  hanyalah kegembiraan yang sementara.
tanpa punya kesinambungan hingga ke akhirat sana.

suka untuk saya berkongsi sebuah kisah.
kisah tentang sebuah perjuangan kecil.
kecil cuma.
tampak remeh dipandangan manusia.
malah,sangat2 remeh.
mungkin,sesetengahnya dan ramai akan turut mengatakan ianya tiada harga.
tiada berguna.
tiada apa-apa.

ianya  sebuah kisah tentang peluh...

sejujurnya ia menggelikan bukan.
melekit.
masin.err,mungkin itulah rasanya.sebab tu excretion product.
sejujurnya juga,saya sgt2 tidak suka tentang perihal peluh.

namun, sebuah kisah telah membuka  mata saya....

di padang mahsyar nanti...
saat semua umat manusia dikumpulkan...
masing-masing dengan perihal sendiri....
yang munafiknya akan meminta-minta cahaya daripada orang beriman...
yang tidak berimannya akan merintih-rintih...
merayu-rayu..memohon pada Allah agar dikembalikan kedunia..
pada saat itu, matahari sejengkal daripada kepala..
subhanAllah..pastinya tidak tergambar kepanasannya...

saat itu juga, akan keluarlah bendalir-bendalir dalam badan manusia.
hingus, kahak, nanah, peluh...
sgt2 memualkan dan menggelikan..
dikisahkan ada manusia yang lemas dalam peluh dan bendalir badan sendiri.
tak tergapai dek pernafasan,kerana dibanjiri cecair itu.
mereka itu golongan yangkafir...


kerana di dunia dahulu mereka TIDAK PERNAH
menginfakkan peluh mereka ke jalan Allah...
dan bagi orang2 beriman, di dunia dahulu,
peluh2 yang mengalir di atas jalan Allah, kerana Allah.
boleh mengurangkan jumlah peluh di akhirat.
SUBHANAALLAH.


pada saya..
kisah ini sebuah kisah yang menakjubkan..
kerana setitik peluh.
yang dulunya sungguh betapa hina di mata saya.
namun Allah mengangkat martabat peluh di satu takuk yang tinggi.
hingga bisa menjadi penyelamat manusia.
daripada seksaan di padang mahsyar.


hanya kerana DIA.
peluh menjadi saksi dunia,
suatu tika nanti,
peluh bakal bersaksi,
bahawasanya hambaMu ini pernah suatu ketika didunia, menginfakkan tenaga, hingga peluh yang keluar dari jasadnya adalah keranaMU..

betapa besar kuasa NIAT.
bisa menukarkan setitik peluh dunia,
menjadi nilaian hebat di akhirat.




p/s:jom!kumpul peluh keranaNYA, untukNYA.err, gambar diatas tidak menutup aurat dengan sempurna.harap maaf.