Sunday, January 22, 2012

make a move!



 من ترك شيئاً لله عوضه الله خيراً منه 

"Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu karena Allah 

maka Allah akan menggantinya dengan 

yang lebih baik darinya" [hadis]


dulu2, selalu dengar.
kalau jahiliah itu masih ada dalam hati,
sebenarnya kita tak bergerak jauh pun dalam medan dakwah ni.

worse come to worst, kita bergerak pun sebenarnya.

seorang daei itu sebenarnya harus, wajib, mengetahui dan memahami

bahawa hatinya, tiada boleh didiami oleh yang lain selain

ALLAH.

tidak boleh ada cinta yang lain selain cintaNya.

tapi, wahai hati? cinta apa yang kau agungkan sekarang?

kadang-kadang kita tak sedar kan

sebenarnya hati kita sedang mencintai yang lain.

mulut luas mengagah pada dunia, pada mad'u

"mari kita mencintai Allah...."

"tiada cinta yang selayaknya selain cinta kepadaNya... "

ah, malunya....

malunya pada saat menyedari hati sudah tiada apa-apa kesan dengan

ayat-ayat cintaNya.

lebih memalukan, kesedaran itu datang bersama angin lalu

menyapa hati dan perasaan,

kemudian hilang bersama kencang dunia lenyapkan debu keinsafan.

sungguh, aku malu.

hari ini,

satu jahiliah yang sudah berkurun lama aku simpan dalam hati.

berkurun lama aku pendam dalam hati,

dilepaskan dengan penuh reda, penuh pasrah, penuh rasa malu.

malu padaNya.

bertahun lama aku memohon , dan hari ini rupanya Allah menghadiahkan kekuatan tu.

insyaAllah,

hadis tu akan jadi saksi.

jadi saksi yang insyaAllah jika kita berusaha untuk membuang jahiliah perasaan,

yang tak menambahkan iman.

yang tak membuahkan syurga.

yang tak membungakan redaNya.

yang tak mengharumkan cintaNya.

moga ada lebih baik yang Allah gantikan.

mungkinkah syurga?

(senyum. bahagia. air mata ini bukan air mata kesedihan. bahagia kerana sudah ku buang
dia jauh- sejauhnya.)

do you feel secure with what u have?

banyak benda terjadi:
1. kematian.
2. kesakitan.
3. ketakutan.
and the list goes on. 

betulkan syaitan memang suka menakut-nakutkan manusia.

*takut akan masa depan, 
*takut dengan rezeki,
*takut dengan jihad.

bukan persoalan takut yang hendak dibicarakan.
bukan juga perihal syaitan yang sudah beribu tahun dunia 'acknowledge' kelicikannya.
tapi persoalan diri.
persoalan nafsu.

pada saat berita kematian singgah, semua manusia akan rasa takut.
for sure!
dan takut hadir atas pelbagai rencah niat dan asbab.

1. takutnya nak jawab soalan mukar nakir.
2. takutnya nak tinggalkan dunia.
3.takutnya nak hidup dalam kubur. [dalam bilik,lampu terang pun masih takut]
4. takutnya dengan cacing, ulat.

TAKUT.
seorang ustaz menjawab persoalan takut akan kematian dengan satu jawapan
yang menjawab kesemua perihal takut yang disenaraikan.

manusia takut kerana bimbang, istana dunia, kekayaa,
kemasyuran, pangkat, cita-cita, angan-angan dan impian yang dibina untuk
hidup 'bahagia'  dan 'senang' di dunia musnah begitu sahaja.

takut mereka sekaligus menterjemahkan ketidaksediaan mereka menghadap alam akhirat.
'
akulah orangnya.

sebelum tidur, tadabbur al-mulk:
entahlah, dari agama yan lagi baca surah ni.
tiba2 rasa mcm baru wujud ayat ni dalam dada....


Do you feel secure that He Who is in heaven will not cause you to be
 swallowed up by the earth when it shakes (as in an earthquake)?



Or do ye feel secure that He Who is in Heaven will not send 
against you a violent tornado (with showers of stones), 
so that ye shall know how (terrible) was My warning?

amankah hati?
ya, aman. seperti dunia, dalam tangan.
straight a's UPSR,PMR, SPM, pass boarding mark for IB,
aman ke hati?
ya, aman. 
sepertinya, setiap yang dirancang, Allah mudahkan dengan semudah-mudah bicara.
ah, mungkin sebab tahajud.
doa yang dibuat last2 minutes.

adik2, mama, family beriman.
aman kah hati?
ya, sangat aman.
sepertinya, insyaAllah, kita akan bertemu di syurga nanti.

first year medicine,
first class honour.
insyaAllah, macam boleh dapat.
ya Allah, amannya hati!!!!

pagi tadi pun, before ke kelas, tadabbur al-israk, ayat Allah turut menembak hati
pada maksud yang sama, pada jus ayat yang sama temanya...
kali ni, stabbing all over the part.

 17:67
And when adversity touches you at sea, 
lost are [all] those you invoke except for Him. 
But when He delivers you to the land, you turn away [from Him].
 And ever is man ungrateful.


17:68


Then do you feel secure that [instead] He will not cause 
a part of the land to swallow you or send against you a storm of stones?
 Then you would not find for yourselves an advocate.


17:69

Or do you feel secure that He will not send you
 back into the sea another time and send upon you a hurricane of wind and
 drown you for what you denied? 
Then you would not find for yourselves against Us an avenger.

tak. bukan hati yang aman.
tapi nafsu.
nak tau apa jadi pada hati?
DIA NAZAK.
ATAU MUNGKIN SUDAH MATI.