Wednesday, February 29, 2012

leap year

previous leap year (29/02/2008)
kadang-kadang kita suka hidup dalam kenangan.
mengenang dan terus mengenang,
hingga kadangkala ada air mata yang tergenang.
[mohonlah moga ianya air mata keinsafan]

saat ini,
sepertinya kita sedang berjuang dengan masa,
berlelah dengan ketika,
bersusah dengan aksara.
saya berbicara tentang peperiksaan dunia.


sekalipun saat itu tarbiyyah bukan datang secara terancang,
aku mohon moga Dia masih mengira itu sebagai perjuangan.
aku mohon moga Dia masih menghitung itu sebagai jihad.
walaupun sebenarnya ia bukanlah apa-apa.


masa berlalu,
bila kita mula mengenal tarbiyyah,
seharusnya kita makin matang memandang dunia.
saat kanak-kanak, saat remaja,
moga berlalu dengan penuh makrifah.
subhanaAllah.


masa berlalu,
mus'ab bin umair syahid di medan uhud pada usia 17 tahun,
Sultan Muhammad al-fateh membuka konstantinopel pada usia 23 tahun,
 Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin Afra’ membunuh Abu Jahal pada usia belia remaja,
Umair syahid di medan Badar pada usia kanak-kanak meningkat remaja!


masa terus berlalu,
menoleh kembali jejak-jejak di belakang,
adakah berbekas ibadat seorang hamba?

merenung kembali saat-saat yang dilewati,

adakah merekah di jiwa insani?


mentafsir mimpi-mimpi yang sudah jadi realiti,
adakah ia istidraj? aku mohon tidak.



leap year (29/02/2012)


memandang masa lalu dengan penuh kasih sayang.
kerana kenangan itu mendewasakan.
kerana memori itu mematangkan.
kerana masa lalu itulah sumber kekuatan.

moga tak larut dalam kehidupan yang pernah kita lalui suatu masa lalu.
kehidupan yang tidak tahu fungsi hidup.
kehidupan yang tidak tahu diri bertuhan.
kehidupan yang tidak tahu mana destinasinya.


belum tentu lagi 29.02.2014 
kita masih bernyawa,
entah kan esok atau lusa,
atau boleh saja sesaat selepas ini,
Dia menjemput kita.
bahagia bukan? berjumpa Dia, 'mereka'?
senyum. sebenarnya takut.
bergetar hati.
ketakutan ini datang kerana takutkan istana dunia yang bakal hancur?



Monday, February 27, 2012

sisters.

memandang mereka dengan penuh kasih sayang, dengan penuh cinta, dengan penuh kasih,
sapaan Allah itu sangat menyucikan, membersihkan, dan mewangikan,
sawang-sawang jahiliyah dalam hati, karat-karat jahiliyah dalam jiwa.

menangis, melihat mereka yang Allah sapa.
dengan sapaan dan ketukan tarbiyyah yang paling lembut dan berhikmah.
hingga kadang-kadang cemburu,
dengan hati mereka yang sangat bersih.
syahadatul haq.berat. sungguh berat.
tapi sampai bila mahu terus hidup dalam kegembiraan tak berpenghujung,
sampai bila mahu ketawa hingga tiada rasa tanggungjawab,
sampai bila mahu terus hidup untuk diri sendiri,
sampai bila mahu menangisi kisah hidup sendiri yang entah bila kemelut itu akan hilang.




jalan itu harus tetap ditempuhi,
kerana syurga itu bukan bahan mainan.
bukan dagangan kecil-kecilan.
bukan kemanisan sementara.
Allah..

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang padamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya, “Kapankah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (QS. Al-Baqarah:214)

hebat sangat kan kita,
dengan sangka solat, puasa, haji, sedekah, dan zakat itu membolehkan kita masuk syurga.
bagus sangat kan kita,
dengan sangka ucapan syahadah itu, cukuplah...at least cukuplah sebagai kunci syurga.
perasan sangat kan kita,
dengan sangka akhlak 'baik',yang entah belum tentu ikhlas atau tidak itu jaminan syurga..
Allah...

cubaan, ujian Allah terhadap assabiqul nal 'awalun itu bukan ujian sikit-sikit,
bukan ujian fail exam module 1,
bukan ujian tak dapat honour roll first year,
bukan ujian putus hubungan dengan teman lelaki,
bukan ujian tak dapat beli iphone 4s atau samsung s2,
tapi ujian iman.
mus'ab bin umair diberi ujian memilih antar iman atau keluarga.lantas dia memilih iman.
lantas Allah memilihnya syahid pada usia 17 tahun sebagai pemegang panji perang uhud!
kubaib al-arat diberi pilihan mati syahid dipanggang atau gugur imannya,lantas dia memilih syahid.
jaafar memilih untuk memutus dan diputuskan tangan mempertahankan panji Islam. hingga Allah kurniakan sayap untuknya di syurga.
Abu ayub al-ansari, salman al-farisi, abu bakar as-sidiq, umar al-kattab.
subhanAllah, terlalu hebat iman mereka.

kalau itu iman yang sebenar, habis iman kita?

buat sisters, yang saya sayang keranaNya.

susah.
memang benar ini susah.
kerana selama ini kita hidup dengan terlalu senang.
tidak pernah berfikir tentang tanggungjawab itu ini.
tidak perlu mengenang perihal dakwah dan tarbiyyah.
tidak berperasaan untuk mendengar keluhan sang pengajak ke arah islam.
terlalu senang.
hingga kita merasakan kehidupan ini layaknya seperti syurga.
apa yang diidamkan semuanya Allah kabulkan
apa yang dihajatkan semuanya ada di depan mata.
jadi apa bezanya kita yang muslim dan mereka yang kafir?
selain bertudung.

kita bersenang-lenang.mereka lagilah bersenang lenang.
kita ketawa riang. mereka lagilah ketawa riang.
kita solat (solatlah kan, walaupun tak la khusyuk sgt). mereka juga solat.
kita shopping . mereka lagila shopping.


hadits H.R. Muslim diriwayatkan: 
Dunia ini adalah penjara bagi orang Mukmin, dan surga bagi orang kafir”.



berdoalahh...
"ya Allah, letakkanlah dunia di tanganku, bukan dihatiku.."



erkk.macam mana ni?
bila hati merasakan "wahh, inilah syurganya!"
ouch.
tidak, saya bukan mengatakan anda tidak boleh melakukan semua itu, 
tapi nak tahu akidah islam yang sebenarnya macam mana?

nak tahu apa beza samy vellu mendidihkan air dengan seorang muslim mendidihkan air?

samy vellu merasakan yang mendidihkan air itu adalah api dapur gas.

tapi akidah seorang muslim mengajar dia, bukan api dapur gas yang mendidihkan air tu,

tapi Allah. cukuplah itu sebagai satu garis pemisah yang jelas.

bak kata seorang sister,
" bersyukur dan jeles yang amat bila seseorang lebih dekat dengan Allah.."

subhanaAllah.. betul. sangat jeles.

bukan senang untuk bernafas dalam jiwa hamba,

dengan kesesakan jahiliyyah yang sangat menyesakkan,

bukan senang untuk berjalan dalam jiwa mukminah,

dengan kepekatan fitnah yang sangat membutakan.

bukan senang....

jangan risau sisters,

tiada siapa yang akan mengukur, tiada siapa yang akan menghakimi,

jiwa anda sebagai muslim,

kerana hanya Dia yang selayaknya untuk itu.

pandangan manusia sentiasa silap.

ketahuilah, 

andai perubahan kita itu sedikit pun,

pada pandanganNya bukan sedikit,

ditambah dengan ikhlas,ihsan,

mungkin saja, nama anda Allah kenalkan pada seluruh penduduk langit,

pada seluruh malaikat yang sedang menjunjung arasyNya,

pada seluruh malaikat yang sedang bertasbih padaNya.

subhanaAllah!

sikit lagi sister!sedikit saja lagi!

kita akan saling menunggu.

jangan risau.

gerabak tarbiyyah itu tidak akan bergerak selagi anda tidak bersama.

andai kata ia bergerak sekalipun,

pasti kami akan hulurka tangan menyambut anda,

dengan senyuman paling manis,

dengan hati paling gembira,

dengan wajah paling berseri.

kerana gerabak tarbiyyah ini menuju ke syurga.

mana mungkin kita bersedih hati.

kerana gerabak tarbiyyah ini isinya mereka yang kita sayang.

kami pasti akan tunggu sister!!!
untuk kita bergerak bersama-sama.

kerana anda SISTERS kami.

sisters dunia. sisters akhirat.


terharu. dengan sisters.

Sunday, February 19, 2012

coretan bumi sligo..


-desa taufiq-
buat sister yang saya sayang demi tarbiyyah,
yang saya sayang demi dakwah,
yang saya sayang demi Dia.

itu catatan ringkasan fizikal.

hakikatnya, hati pulang dengan penuh rasa sebak.
dengan penuh rasa pertanyaan.
dengan penuh rasa penyesalan.

sebak,
melihat yang lain sedang bergerak laju,
dengan medan amal yang penuh dengan dakwah dan tarbiyyah,
laju, sangat melaju.
kadang-kadang rasa tidak terkejar,
ada kalanya saya hanya tersenyum dari jauh.
bahagia melihat mereka sedang berjuang dengan penuh mujahadahnya.
cemburu! sungguh cemburu,
melihat mereka membina rijal


tertanya,
apa sangat yang sudah dibuat?
apa sangat yang yang sudah diperjuang?
apa sangat yang sudah dikorbankan?
sungguh hati ni tak dapat nak menjawab.
kerana bila diketuk dengan sapaan tahajud,
kita lebih selesa dibawah selimut,
bila ditampar dengan jahiliah,
kita masih lagi sanggup menerima 'mereka'.

sesal,
dengan masa yang sudah berlalu,
terlalu ramai yang perlu, ingin, mahu disentuh,
dengan sentuhan yang paling lembut dengan tarbiyyah yang penuh rahmat.
dengan qudwah yang paling hebat
dan kata-kata yang penuh hikmah,
dengan langkah yang penuh yakin,
dan pandangan yang penuh tawaduk.
terlalu ramai!

bukan senang nak mengangka satu dari kosong.
sedangkan diri sendiri masih terkapai-kapai dalam lumpur jahiliah 
yang paling busuk dan dalam.
bukan senang.
bukan senang mahu membina manusia,
sedangkan diri masih berjuang dengan nafsu sendiri.
bukan senang mahu mentakwin rijal-rijal,
sedangkan diri masih lagi sesak dengan nafas-nafas keduniaan.
tapi SAMPAI BILA?

sampai bila diri mahu berjuang dengan jahiliah?
buanglah!
sungguh ia sangat memberatkan!
memberatkan hati, perasaan, langkah ,
dalam setiap perjalanan jalan suci ini.

Obsesi syurga
-kampung halaman kita-
saya suka.
saya tahu kita suka.
mari jadi orang luar biasa!
yang obsesinya sesuatu yang tak terlihat dengan mata,
yang tak tergambar dengan hati, hatta fikiran ,
apatah lagi bila ia datang dari hamba yang penuh dosa.
nak jumpa semua orang dalam syurga. nak sangat!
nak sangat jumpa kamu semua...
sekalipun rasa diri sangat tidak layak,

sangat hina,
sangat tidak suci hatinya.
tapi, siapa sanggup berada di kampung sebelah lagi?
siapa sanggup menanggung derita tak berpenghujung.
saya mahu syahid.

sama ada hidup mulia.dengan genggaman Ustiyazatul alam,
atau syahid dalam perjalanan tarbiyyah ini.
syahid bukan kerana futur,

tetapi kerana mujahadah..
go, sister!
sikit saja lagi....
sekejap saja lagi....
dunia akan berakhir.
jom jadikan moment2 terakhir ini,

sebagaia sesuatu yang sangat bermakna dan signifikan di sisiNya.
Dakwah Kita Adalah Penyelamat.
-sudah lama tidak diketuk-
sudah lama tidak digoncang,
dengan hakikat satu perjuangan yang sangat suci itu
dengan hakikat satu pentarbiyyahan yang sungguh unik itu..
kadangkala, apabila sudah lali dengan
itu ini, hati jadi immune,
anggota jadi keras.
tapi moment ini sangat basah.
menyucuk tangkai hati yang paling dalam...
jom.
berjalan dengan dakwah,

tidur dengan dakwah,
makan bersama dakwah,
bekerja bersama dakwah,
membina bersama dakwah,
hidup bersama dakwah,
mati bersama dakwah.
amin.


cara kita :
prinsip kita, jalan juang kita,
andai akar tidak mantap, mana mungkin rantingnya tegak.
andai iman tidak mantap, mana mungkin akhlaknya segak.ouucchh.


- iman yang MANTAP!
"katalahkan Muhammad " inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku

 mengajak kamu kepada Allah dengan hujah yang nyata dan
maha suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik."
musyrik!
~woi, ada orang lain atau sembahan lain tak dalam hati kamu?!
-study? harta? manusia?
unconsciously. rupanya ada...astagfirullah...
- pembinaan yang rapi.
hendak membina rijal-rijal
jalan dakwah bukan senang.
sepertimana bukan senang menjadi murabbi.
sayang kita terhadap mereka bukan plastik!
bukan kerana mahu disukai,
tetapi hanya kerana dakwah dan tarbiyyah,
hanya kerana mahu mengajak dia kepada Dia yang memberi kehidupan.
hanya kerana mahu membari rasa cinta kepada Dia yang Maha Mencinta.
membina, dan terus membina...

- amal yang konsisten!
biarpun sedikit ,
asalkan kamu ihsan,
asalkan kamu ikhlas,
andai futur menyingah sekalipun,
kita tahu, ia bukan selamanya,
sekalipun futur, tetap kena bergerak!
bergerak mencari rijal.
bergerak membina rijal.
dan yang penting,
membina dan menggerakkan diri sendiri!


Fikrah Kita.
-tertembak-
fikrah kita fikrah islamiah,
akhlak kita akhlak mukminah,
perjuangan kita perjuangan mujahidah,
sampai bila mahu tertembak ni?
sesekali, rasa sangat hipokrit!
sangat munafik,
bila berkali-kali, mengingatkan diri,
untuk terus tsabat dengan akhlak ini,
selalu saja diri terlupa.
selalu saja saya termanggu.

berat!
kepala berat, hati berat, langkah berat!
berat dengan tanggungjawab.
susunan rangka dakwah perlu diteliti semula.
planat harus direncanakan semula.
saya.mahu.bergerak.melaju.

bantu saya.



jalan ni masih panjang,
masih jauh.
terlalu jauh,
kadangkala kita rasa penat,
mahu berhenti sebentar.
jangan!
andai kalau perlu merangkak sekalipun, merangkak lahh...
kalau perlu berpaut pada bahu yang lain, berpautlah...
saya sedia menunggu.
bukan, kita sama-sama menunggu.


langit biru.
cecah awan. terang lagi menerangi si matahari tu..
yang terang bukan khayalan,
tapi impian dan kenyataan.





~catatan hati bumi sligo~
saksikan, yang kami pernah berjuang.

untukMu, keranaMu.

Thursday, February 16, 2012

rahmat.kufur. syukur.


Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang salih".

bulatan gembira.
benar-benar gembira.

hari ini, kisah nabi sulaiman dan burung hud-hud.


kisah nabi sulaiman.
sangat comel. sangat tertembak.
si dia yang hebat itu punya kerajaan.
kerajaan manusia, kerajaan haiwan, kerajaan jin.
malah ada syaitan yang ditundukkan kepada Nabi Sulaiman
itu sgt cool!!!
tapi doa nabi sulaiman, lagi sgt cool.
subhanaAllah, sgt cool.
dia yang hebat dengan pelbagai kerajaan, dia yang hebat dengan pelbagai kefahaman,
dia yang hebat dengan pelbagai keilmuan, dia yang hebat dengan pelbagai perjuangan.
tapi, doa dia:

"
masukkan aku dengan rahmatMu..."
"ilhamkan aku supaya TETAP bersyukur"
"tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redai..."

ya Allah! :'(
apa la sangat yang kita ada.
apa la sangat yang kita punya.
apa la sangat yang kita miliki.
tak ada.
tidak ada!
tapi masih lagi takbur.masih lagi kufur. masih lagi angkuh.
dengan harta yang kononnya milik kita.
 rahmat Allah itu yang penting.
walau amal setinggi gunung, seluaaasssss laut,
tapi apa yang memasukkan kita dalam syurgaNya, adalah rahmatNya.
hanya RAHMATNYA!!!!

kisah hud-hud.

malu nya aku dengan dia.
akan bersambung kisah hud-hud ni. hehe.

Tuesday, February 14, 2012

kisah saya. kisah mereka.


kisah saya.
dalam hingar-bingarnya dunia. 
saya masih rasa sunyi.
saya masih rasa rindu.
saya masih rasa sayang.
pada 'dia' yang selamanya akan saya rindu.
pada 'dia' yang selamanya akan saya sayang.
jangan ditanya mengapa.


kisah saya.
adakala saya rasa tidak adil.
mengapa mereka ada, sedangkan saya tiada.
bukan mempersoalkan takdir Nya.
bukan juga menafikan ketentuanNya.
apatah lagi tidak meredai susunanNya.
bukan, saya bukan sebegitu.


kisah saya.
buat 'dia' yang saya panggil ayah.
doa saya : "moga ayah kenal saya di syurga"



kisah mereka [video badr, adik yang saya sayang dalam diam]


kisah mereka,
adik, kakak dan abang.
yang ditalikan bukan dengan darah,
tapi dengan iman.
yang diikat bukan dengan harta,

tapi dengan jiwa.
yang disentuh bukan dengan fizikal,
tapi dengan doa.


buat mereka yang saya rindu dalam doa.
yang saya mimpi dalam lena.
yang saya malu dengan jihadnya.
yang saya segan dengan semangatnya.
yang saya cemburu dengan himmahnya.







buat mereka yang saya sanjung sebagai syuhada.
yang saya hormat sebagai mujahid.
yang sungguh saya malu.





menangis.pause.
ini harga kebebasan.

mereka tidak mati. 


saya malu andai kata,
saya khabarkan pada dunia,
saya rindu 'dia'.
rindu itu lumrah,
tapi jihad perlu diteruskan.

kisah saya.
sangat biasa.

kisah mereka,
kisah ahli syurga,
kisah ahli syuhada.
darah yang mengalir
bukan darah biasa.
tapi darah haruman firdausi.
saya.sayang.mereka.

"Janganlah kamu menyangka orang yang gugur di jalan ALLAH itu mati, Sebenarnya mereka hidup tetapi kamu tidak menyadarinya". Al-Baqarah 154.


aku.

nak menulis jugak. biar mata sudah bengkak dengan air mata.
sudah merah dengan dengan pelbagai rasa.
sudah letih dengan kesalan silam.

manhaj taghyir. dzatiyyah dakwiah . 
membersih jiwa, meruntun hati, mensucikan niat.

sebelum bertolak, dua tiga kali ditembak dengan ayat :


Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, 
menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan 
berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. 
Dan aku menegaskan: Maha Suci Allah (dari segala i`tiqad dan perbuatan syirik) 
dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain".

tembakan yang bukan sedikit-sedikit. tapi melibatkan iman!
bila hati tak mampu menjadi sensitif,
bila hati tak mampu mentafsir rasa,
bila hati tak mampu merasa 'semangat' dan 'keyakinan' itu.
iman ini yang nazak!
perjalanan ke london kali ini adalah untuk memaknai ayat itu.

bukan kerana aku memahami, tapi aku GAGAL merasai.
sedih.tragis.teruk.

termenung jauh. mencari diri, mencari DIA, mencari rasa.
dalam gelapnya hati, dalam pudarnya iman, dalam pekatnya jahiliah.

membelek-belek hati.
di mana silapnya...

 qiamulail....
"hati perlu menjiwai qiamulail, saat hanya ada Dia dan kita."
 saat Dia menunggu , menanti , 
untuk mendengar keluhan sepanjang hari,
berceloteh perihal iman,
perihal jalan juang yang kian panjang,
perihal bebanan dakwah yang begitu menyesakkan jiwa [aku menanti bila saat ini...]

"bekalan daei itu terletak pada qiamualail,
mana mungkin seharian berlaku dengan penuh harmoni andai kata bekalan ruh itu tiada,
sungguh menghairankan mereka yang mengatakan 
'hah, alhamdulillah.hari ini sudah ku lalui 
dengan nadi dakwah dalam setiap aliran darah, 
sedangkan permulaan kehidupan,
bekalan ruh itu tiada?"

ah, tertembak di situ , sista.


-solat-
ah, kekalutan dunia itu sangat menghimpit bukan?
hingga sesak dada ini.
sampai bila mahu mengejar?
sampai bila mahu menakluk?
pada suatu khalayan yang bakal lenyap.

pada satu jangka hidup yang bakal senyap.
pada impian yang bakal tersingkap.


kadang-kadang solat pun main cincai mingcai.
mana ALLAH?
hati gelap ini masih merangkak mencari.

mana sinar cahaya iman?
itu salahnya.



-akhlak-
akhlak itu cerminan iman.
tertampar sekali lagi.
sudahlah.
letih aku mengira jahiliah ini.
lelah aku melakar dosa ini.
lenguh aku mendongak tingginya kesalahan ini.










Saturday, February 4, 2012

saya malu sebenarnya...

saya malu sebenarnya.
malu dengan dunia.
malu dengan alam...
sayang mereka, 
rindu mereka,
cinta mereka 
kepada Allah dan RasulNya itu 
melebihi daripada segalanya...

Bagaimana kita tidak merasa sedih tatkala di jarakkan dgn nabi saw beribu-ribu kilometer ?
 Padahal tiang tamar menangis teresak-esak kerana khidmatnya tidak diperlukan nabi
 (dulu nabi bersandar semasa menyampaikan khutbah) 
walaupun jaraknya dgn nabi saw hanyalah beberapa meter sahaja...

Jabir bin Abdillah r.a. berkata : 
"Adalah di peringkat awal masjid Nabi saw dibuat daripada potongan-potongan tamar yang dibuat tiang.
 Nabi saw apabila berkhutbah baginda berdiri di atas salah satu potongan tamar yang ada. 
Apabila di buat mimbar, Nabi saw berdiri di atas mimbar (tidak lagi berdiri di atas potongan pohon tamar tersebut). 
Lalu kami mendengar dari potongan pohon tamar tadi suara teriakan seperti suara unta betina yang hampir beranak.
 Lalu Nabi saw datang kepadanya dan meletakkan 
tangan baginda di atasnya, lalu iapun senyap." (Hadith Riwayat Bukhari)

 
Di dalam riwayat daripada Abdul Wahid bin Aiman dinyatakan : "Maka potongan pokok tamar itu teriak seperti teriakan budak kecil"


saya malu sebenarnya...
dengan dunia,
dengan isinya...
kerana mencintainya dan isinya serta ahlinya
melebihi cinta saya pada Dia dan RasulNya.

sungguh.
saya malu sebenarnya...
dengan bilal bin rabah.
seorang hamba kulit hitam,
yang tak punya apa-apa,
tapi cintanya pada RasulNya 
meruntuh hati,
menyebakkan jiwa,
mematahkan segala urat sendi ego seorang manusia.

tapi saya,
nikmat itu terlalu banyak.
harta, sahabat, keluarga, 
kehidupan....
tapi cinta saya pada rasul kekasih Allah itu,
saya sendiri masih mencari 
dalam gelapnya jahiliah dalam hati,
dalam pikuknya dunia yang merajai,
dalam lelahnya nafas duniawi hari ini.

ya Allah, tsabat kan kami ya Allah!

kembara mencari cinta Nya, cinta Rasululah, 
bermula.
detik ini.
saat ini.
selamat bercinta! 



ternyata Allah dan RasulNya lah punya cinta sejati pada kita. 

Katakanlah (wahai Muhammad): 
"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, 
dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, 
dan harta benda yang kamu usahakan, 
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, 
dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, -
 (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih 
daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, 
maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya)
 kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
   
(at-taubah;24)