Wednesday, March 28, 2012

seruan yang memberikan kehidupan!

mengadu dengan si dia :

awak,
saya rasa sedih.

tak tau kenapa sedih.
mungkin rindu,
tapi kalau rindu tu tak berbau syurga,
mengapa masih merindui?



awak, 
saya rasa kosong,
tak tau kenapa kosong,
setiap hari jadual penuh, 
dari pagi sampai petang,
siap ada exam lagi.
study jangan dikira berapa jam.
mengapa kosong  ya sedangkan hari-hari penuh berisi?


awak,
saya rasa penat.
tak tau kenapa penat.
tidur cukup, makan cukup, mandi cukup.
entah kenapa penat.

persoalan yang kekal persoalan.

bukan sedikit pengorbanan untuk setiap jawapan.

saya tahu. bukan sedikit. 

tapi dalam keadaan saya yang masih tidak mengorbankan apa-apa.

Dia masih hadiahkan ayat ini:

bila setiap nafas jadi sesuatu yang tidak memberi 'kehidupan'
bila setiap langkah jadi sesuatu yang tidak memberi 'kekuatan',
bila setiap keputusan jadi sesuatu yang tidak memberi 'kepuasan'.

pandanglah Dia di langit dengan tenang.
lantunilah bicaraNya dengan khusyuk.


seruan yang memberikan kehidupan itu sebenarnya hanya terletak pada kalimah:
lailaha ilallah, muhammad rasul Allah.
hanya itu. itu sahaja.
dan syahadatul haq itu,
satu perjalanan hingga habis usia.

saya masih mencari,
sesuatu yang memberi kehidupan. sebenar-benar kehidupan.
mungkin sekarang masih ditahap nafas dikerongkongan.
saya nak nafas saya hingga ke hati.

hingga saat saya pandang hujan,
pandangan saya bukan pandangan sia-sia,
saya menangis bersama hujan,
atas rasa terharu dengan kasih sayang Tuhan.

~jom, sambut seruan yang memberi kehidupan!~



Monday, March 26, 2012

nota masa tanpa nama.

 
hari-hari semalam yang berlalu,
jauh ditinggalkan,
mana mungkin akan kembali,
pasti tidak akan kembali,
merekalah saksi,
merekalah bukti,
merekalah parameter,
kufur atau imankah jiwa 'salim' kita.


setiap detik kehidupan itu pencarian,
setiap denyutan nadi itu pembersihan,
setiap patah kata itu pertanggungjawaban,
setiap derap langkah itu perjuangan,
setiap deru nafas itu pernyaksian,
pencarian, pembersihan, pertanggugjawaban, perjuangan dan penyaksian itu,
seharusnya pada Dia.


mana mungkin hidup ini bisa sesuka hati,
hatta pada saat memasukkan kaki ke dalam kasut,
hatta pada detik membuka mata di hening pagi,
hatta pada ketika menderu nafas kedalam keluar,
mana mungkin sesuka hati seperti itu.
kerana apabila Tuhan memilihmu untuk melihat dunia,
Dia mengiktirafkan darjat kehambaan kepadamu.


penghambaan apa yang lebih suci lagi menyucikan daripada ini?


 


sebenarnya saat hatimu kosong tanpa rasa ,

saat masamu berlalu tanpa makna,
saat jiwamu hilang tanpa berita,
saat tangismu kering tanpa rela,
kau dan aku sebenarnya menderita.
derita tidak mengenal Dia.


sayang dan sangat kasihan,
buat mereka yang menangis kerana dunia, bukan kerana Dia.
buat mereka yang berjuang kerana harta, bukan kerana redaNya,
buat mereka yang bermatian kerana manusia, bukan kerana cintaNya,
buat mereka yang hidup, tanpa tahu tujuan hidup keranaNya.


moga aku, saya, kita, bukan 'mereka' yang di atas.


mohonlah, rayulah, merataplah, 
moga kita seperti 'mereka' di bawah,





kalau perlu untuk berpura, berpuralah untuk menangis.
supaya kau tahu, supaya aku mengerti,,
erti air mata kerana Dia,
bukan harganya satu sen cuma,
tapi harganya padaman api neraka.
maka nikmat mana lagi yang kau mahu dustakan?

~aku yang hairan dengan tingkah manusia yang jiwanya hamba~





Wednesday, March 21, 2012

jahitan ikhlas.

hehe..baru sedar dua tiga post dan berturutan juga adalah berkaitan jahiliyyah.
entahlah, itu rasa. rasa yang sebenarnya saya rasa dalam kegelapan,
membuatkan saya gagal mentafsir, apa sebenarnya rasa iu.
bila saya hilang 'rasa' itu,

saya rasa jahiliyyah membantuti.
saya sendiri sebenarnya masih mencari, 

apa yang membuatkan saya rasa diri sedang dalam jahiliyyah.

bila seorang sister hantar mesej,

bertanyakan tentang jahiliyyah apa sebenarnya yang memberatkan langkah.
saya sendiri tidak tahu.
tersentak jugak sebenarnya.

duduk,
merenung dalam setiap benda.

dua.tiga.empat. saat-saat yang berlalu...
Allah detikkan ingatkan, pada satuu sticky note yang dah lama saya tulis,
sebenarnya yang setiap hari saya pandang,
macam ada pencerahan.
secerah matahari musim spring yang cahayanya kemilau menongkah batas daerah sepi hati saya.




macam ada pembersihan,
pembersihkan kabur kaca mata Islam dan iman yang saya pakai secara izzahnya bertahun lalu.



 

macam ada penyucian,
menyucikan himmah dan iradat qawiyyah jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

simple, benar-benar simple,
basic, benar-benar basic.
tapi saya gagal mencari puncanya.
saya gagal mencari sebabnya mengapa saya rasa begini.
hinggalah Allah memberi dan menghantar pencerahan ini.



1.muraqabah 
2.mujahadah 
3.muhasabah
4.muaaqabah


koyak-rabak pakaian semua itu.
digunting oleh dunia barangkali,

saya sedang cari
benang iman,
jarum istiqamah,

jahitan ikhlas.
moga dapat menjadi setiap inci hati ini dengan pakaian yang lebih sempurna.

saya tetap mahu mencari rasa itu semula.doakan.
jakillah sister.


~"Tidak ada yang berputus asa dari Rahmat TUHAN-nya kecuali orang yg SESAT"15:56 ~

Tuesday, March 20, 2012

T_T

"Aku telah hidup di bawah bayangan al-Qur’an dan di sana aku melihat jahiliyah berkecamuk di muka bumi ini dan aku melihat minat dan cita-cita penduduk-penduduk dunia ini amat kecil dan kerdil, aku melihat pemuja-pemuja jahiliyah itu berbangga-bangga dengan ilmu pengetahuan yang ada pada mereka, iaitu ilmu pengetahuan kanak-kanak, kefahaman dan pemikiran kanak-kanak, minat dan cita-cita kanak-kanak sama seperti pandangan seorang tua kepada mainan kanak-kanak, percubaan kanak-kanak dan keteloran lidah kanak-kanak. Aku merasa kaget dan hairan mengapa manusia jadi begini, mengapa mereka jatuh ke dalam lumpur yang kotor dan penuh penyakit ini? Mengapa mereka tidak mendengar seruan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar, iaitu seruan yang dapat meluhur, memberkati dan membersihkan usia seorang?"

ilmu jahiliyyah, cita-cita jahiliyyah,
ku kira hati ini yang sedang merana.

jalan jahiliyyah, perjuangan jahiliyyah,

ku kira jiwa ini yang sedang meronta.

kesedihan jahiliyyah, kesengsaraan jahiliyyah,
ku kira air mata ini yang sedang menanah.

kekosongan jahiliyyah, kerehatan jahiliyyah,
ku kira jasad ini yang sedang menangis.

sister, jom. saling kuatkan?

Monday, March 19, 2012

recovery phase


Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,
niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: "Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling,
maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir". (3;31-32)


itu lamaran cintaNya.
yang termaktub beribu tahun yang lalu.
kalau lamaran cinta mereka,
yang bersifat sementara dan menyinggah,
boleh disambut, kenapa tidak cinta Dia Yang Maha Pemberi Cinta.


ceritera cinta dahulu-dahulu,
sila abaikan.
sila padamkan.
sila tinggalkan.


this is recovery phase. full-stop.
jom cari cinta Dia semula!


   

Saturday, March 17, 2012

berbicara soal rasa.

pernah tak rasa hati kosong, pandangan kosong, kata-kata kosong?
kosong yang benar-benar kosong, tidak berisi,

tidak membuah syurga, 
tidak mewangikan amal,
tidak mengindahkan akhlak.


 


pernah tak rasa cinta yang hilang?
bukan sekadar cinta  sahaja yang hilang, minat, sayang, rindu, terkubur sekali.
kita tahu kita sayang Dia,
kita tahu kita cinta Dia,
seharusnya begitu.
tapi...
hati ni seperti sangat tak bernyawa.
hati ini sperti sangat tak hidup.
hati ini sepertinya sudah mati.


 


kita tahu kita harus hidup atas namaNya,
kita tahu kita harus berjuang atas perjuanganNya,
kita tahu kita harus ihsan atas kehadiranNya.
kita tahu kita harus ikhlas atas cintaNya.
kita tahu.
saya tahu.
anda juga tahu.


 
tahu tidak mampu memaknakan faham.
tahu tidak mampu menggerakkan amal
tahu tidak mampu membuahkan rasa
tahu tidak mampu membungakan cinta.
tidak mampu...
nak tahu apa yang terjadi.
bila hati yang tahu,
tetapi  tidak mampu memahami, mengamalkan. merasai dan mencintai?

hati itu gelap dengan jahiliyyah,

hati itu mati dengan kehidupan dunia.
hati itu cinta dia instead of Dia.
hati itu lalai dengan ceritera dogengan.
hati itu terhibur dengan perhiasan sementara,
hati itu gembira dengan mainan kanak-kanak.


sehari demi sehari yang dilalui,
penat demi penat yang dilelahi,
jalan demi jalan yang diredahi,
detik demi detik yang ditempuhi.
apa maknanya bila tiada Dia?

kosong!



 


akhirnya, saya memilih untuk duduk sekejap, 
merenung, mentafsir, mentadabur,
di mana silapnya.



jawapan   : saya masih mencari.
keputusan : saya belum menjumpai.
harapan   : doakan saya.
cara         : hanya satu.


 


~sujud, menyunkurkan diri yang hina yang dina yang terbuang 
yang terhilang yang tersisih
 yang terkebelakang 
yang terlari dari rahmatNya.~
~yang sedang mencari rasa~