Wednesday, August 29, 2012

musa adalah harun

saat ini, tika ini,
berada di adnin.

in denial,kah?

Allahu rabbi...

melihat senarai mereka yang sedang menanti, yang sedang menguntum, yang sedang mencari.


sesak.

sebak.

kuatkah? 

mengapa mengharap yang lain untuk menguatkan?
andai kau tahu sumber kekuatan itu bukan pada manusia.

mengapa mengharap yang lain untuk membantu?
andai kau sedar yang punya segalanya itu bukan mereka.

mengapa mengharap yang lain untuk memujuk?
andai kau mengerti bahawa yang lebih mengetahui isi hati itu bukan mereka.


pencarian harun itu bukan pada manusia lain,
tapi pada dirimu sendiri.

harun dan musa,
benar mereka saling melengkapi,
benar mereka dua jasad yang berbeza,

tapi harun adalah musa,
dan musa adalah harun.

dua jasad berbeza, punyai satu jiwa yang sama.

mampukah?

Allah.


kuatkan.

tolong?

Friday, August 24, 2012

jumaat yang dinanti, yang sentiasa diberkahi.

teringat dulu-dulu bagaimana perasaannya bila diuji dengan kematian orang yang tersayang.
berkali-kali ujian yang menyentakkan pangkal hati.
di sudut paling dalam hanya Allah sahaja yang tahu, yang mengerti.
hingga diri sendiri pun gagal mentafsir apa jenis rasa yang dikandung oleh hati.
hingga diri sendiri pun tidak mampu lagi menelah apa sebenarnya hikmah yang Allah cuba bicarakan pada mahkamah hati yang sentiasa berbolak balik penghakimannya.
selepas satu, satu dan kemudian diuji lagi.

hingga pada saat ini, pada ketika ini,
saya sebenarnya masih mencari-cari hikmahnya, 
dan pencarian itu tidak pernah akan berhenti hingga nafas masih dikandung hayat.

dan dua tiga hari ini dikejutkan dengan ujian yang menimpa 'mereka'
'mereka' yang sentiasa dalam doa dan ingatan saya.
terkejut. sungguh terkejut. 

sejujurnya, andai diuji sebegitu,
saya pasti tidak mampu lagi. pada ketika ini, masih tidak mampu memangku beratnya ujian sebegitu. sama ada soal hati yang tidak kuat mahupun soal jiwa yang tidak segagah mereka.
saya pasti tentang itu.

setenang bicara mereka.

setulus kata mereka.

seulas harapan mereka.

secangkir doa mereka.

sangat mengagumkan. sangat mem'bersih'kan . sangat menyucikan.

entahlah. 'mereka' ini belum sempat saya bertemu wajah ke wajah. berusaha untuk berjumpa namun masih tiada rezeki untuk bertemu. hanya Allah sahaja yang mengetahui kenapa kami masih belum diketemukan. 

buat mereka,

sakit. saya tahu sakit itu, mungkin saya tidak mampu memahami,
hatta oleh akal mahupun hati. tapi saya tahu ujian itu menyakitkan.

kecewa. saya tahu kecewa itu,sejujurnya mungkin saya tidak bijak mentafsir,
hatta dari bayangan aksara mahupun bicara. tapi, saya tahu kecewa itu bagaimana.

lelah. saya tahu lelah itu, mungkin saya tidak bisa mengagak kelelahan itu,
hatta dari kesatan air mata mahupun peluh sekalipun. tapi, sungguh. saya tahu lelah itu.

bila Allah memilih antunna,
sungguh antunna adalah yang terpilih diantara berjuta,
yang sedang dipandang olehNya, dengan pandangan kasih sayang,
pandangan rahmat.

Allahurabbi...

moga ujian ini mendekatkan kita lagi dengan syurgaNya, redaNya, kasihNya.

sedang pada pada waktu yang sama,

ada adik-adik yang sedang tersenyum bahagia,
menerima placement yang ditetapkan oleh Rabbu Jalil, 

itulah kitaran kehidupan.

ada saatnya kita bahagia,

namun di saat yang lain, kita berduka.

suka, duka, bahagia, derita itu akan saling silih berganti,
dan Tuhan itu Maha Adil,

derita kita hari ini,
pasti ada bahagia di satu sinar nanti.

bahagia kita tika ini,
pasti ada air mata akan mengalir tanpa diimpi.

percaya,
dan teruslah percaya,

bahawa takdir Dia itu tak pernah bersifat menzalimi hambaNya,
tak pernah bersifat memusnahkan harapan si hamba itu
tapi, itu tanda cinta.
supaya kita mengerti,
kehidupan ini masih sangat perlu berharap pada bantuanNya, pertolonganNya, rahmatNya, kasih sayangNya, cintaNya.

supaya hati itu lebih memahami,
bahawa kisah cinta antara seorang hamba dan Tuhannya,
tidak hanya termaktub pada soal solat dan puasa,
tapi kisah cinta itu adalah pengharapan kehadiranNya dan cintaNya pada setiap saat.

pengharapan kepada Dia.

sahabat dahulu menangis mengharapkan ujian.
bimbang bila ujian tidak kunjung tiba, adakah Dia lupa pada mereka?

benar, 

bahagia itu ujian,
kaya itu ujian,
senang itu ujian,

derita tapi kenal siapa Tuhan itu lebih bahagia untuk dikenang hingga ke syurga,bukan?

miskin tapi mengerti tujuan hidup hanya untuk mengabdikan diri padaNya itu lebih membahagiakan untuk dibawa ke syurga,bukan?

sepi dalam keramaian itu lebih menenangkan bukan, dari senang tapi lupa Dia?


sekali lagi,
pena telah diangkat dan dakwat telah pun kering.

nikmat mana yang kamu mahu dustakan?


Sunday, August 19, 2012

nostalgic.

t.a.r.b.i.y.y.a.h

menjejaki memori masa lalu,

melewati cebisan saat duka gembira suatu masa lalu,

melalui lorong-lorong kehidupan lalu,

merenung,menatap, dan menjenguk lipatan sejarah suatu masa lalu,


rasanya:

manis,pahit,masam,pelat,kelat,pahit,
[hoho.the pesimis and paranoid side of me]

sekelat atau semasan mana kenangan dan ujian masa lalu,
itulah tarbiyyah.
5 tahun di sekolah agama,

5 tahun yang setiap petangnya selepas jemaah asar,pasti kena baca mathurat.

5 tahun yang setiap harinya pasti ada tazkirah,

5 tahun hidup bersama bahasa syurga,

5 tahun berpanas bersama solat jemaah,

5 tahun menangis bersama ujian-ujian yang datang tanpa disangka.

saya kira,
5 tahun ini.

itulah tahun-tahun persediaan.

mungkin yang namanya perasaan ketika menghadapi setiap detik bersama 5 tahun yang penuh bermakna itu, perkataan 'tarbiyyah' tidak pernah saya rasakan begitu bermakna, tidak pernah saya sangka akan jadi begitu significant, tapi itulah 5 tahun yang membesarkan saya dengan pelbagai rasa. sedih,suka, tangis, tawa, rajuk, bahagia, derita, sengketa, senang,senyum, sakit, sihat. 

5 tahun menyimpan pelbagai rahsia rasa.

rahsia rasa saya dengan Dia.

rahsia rahsia saya dengan mereka.

rahsia rasa saya dengan diri saya.

rahsia rasa inilah,

yang membentuk diri saya.

dan 5 tahun ini,

saya mohon agar setiap detiknya,

adalah detik-detik yang diredaiNya.


4 tahun sudah berlalu.

sudah membesarkah diri?

sudah dewasakah hati?

4 tahun berlalu,

apa bezanya kita yang dahulu dan kita yang sekarang?

hati itu
makin menundukkah?

merenung apa yang dipunya sekrang,
istidrajkah ini?
mohon tidak. nau'zubillah.



bicaranya perubahannya bukan soal pakaian,
bicaranya bukan soal rupa,

tapi kita berbicara soal hati.
yang tiada siapa melihat kecuali Dia.

sekali sekala, 
hati itu perlu ditanya,

"apa rasanya bernafas dalam jiwa hamba?"

manis, pahit,masam,kelat, sedih, duka, derita, gembira,
hamburkan pada Dia.

itu lumrah hamba.




Sunday, August 12, 2012

hapdate.

"It's not easy for me to love, but when I do it'll be a real hardy one" [pelangi]


mcm mana dengan update semua orang? 

when i said 'semua orang'

termasuklah:

antunna, adik-adik, sister2,

turut temasuk mujahid/mujahidah 

rohingya, palestin, nyammar, burma, dan semuanya!=)

teringat kata-kata seorang murabbi:
"seharusnya setelah mendengar Ini Sejarah Kita(ISK), kita harus membaca sekurang-kurangnya satu jenis surat khabar. tak kisahlah apa pun jenis surat khabar tu."

bukan perihal surat khabar yang nak dihighlightkan, tapi perihal kepedulian kita kepada ummah, kepada sisters,kepada jiran, kepada orang sekeliling kita.



#huaaa, banyaknya kerja kita.kalau x, xkan hasan albanna kata 

kewajipan kita melebihi masa 

yang kita ada,

dop?

nama pun khalifah...
memang haruslah begitu tanggungjawab seorang khalifah.

moga masih 'mereka' masih dalam kepedulian kita, 

masih dalam ruang kepengetahuan kita, 

moga masih dalam perjuangan kita dalam setiap detik kita menuju Tuhan.


andai x boleh nak bukak fb sgt, which memang patut pun, 

telefon kan masih ada? mesej2 la

 yang termampu ya! 

tapi, jika masih ada kekangan, 

cukuplah doa dengan menyebut nama sorang-sorang,

 supaya hati dan jiwa itu bahawa mengerti kehidupan seorang daie/murabbi

 untuk bukan lagi untuk kesibukkan dirinya sahaja, perihal dirinya 

sahaja,sedih,tawa,gelisah,rajuk,marahnya bukannya untuk dirinya sahaja,

tapi untuk dunia dan isinya.


itu untuk sister.

untuk rohingya:

jom infaq ramai2!
 

sebagai abid,

malam ini sudah 25 ramadan.

bermuhajahlah!
moga suatu hari nanti...ianya bukan lagi suatu mujahadah, 
tetapi sebuah manifestasi cinta dan rindu pada kekasih. :') (KN)



banging the head on the wall




"saya cinta anda kerana Allah."

"saya sayang anda hingga syurga,insyaAllah :')"

"best friend till jannah (bftj) =')"

"siapa nak bersama saya hingga syurga?"

_dsc10114_large


barangkali,

sayalah antara orang yang suka mengangkat tangan tu.

tapi,

wajah,

jasad,

badan,

anggota lain.

entah mana menghilang.

telinga untuk kau dengar masalahnya,
kemana ia menghilang???

mata untuk kau lihat wajahnya,
untuk kau menangis bersamanya ketika dia susah,derita,perih,jerih,
mengapa bersembunyi di balik sisi yang paling susah untuk dijumpai?

senyuman,
tika dia gundah gulana tentang masa lalu atau masa depan,
tika dia bersedih, atau menyendiri,
dimanakah?
jasad,
untuk kau peluk dia saat dia menderita x mengenal masa,
saat dia perlukan kekuatan
saat dia mengharap sokongan,
dimanakah?

feeling like banging my head on the wall.




seriously.

you tell the world, 
that you love them for the sake of Allah.

reality and history checking,
you actually do and did nothing,

when you are not aware,
what happened to them.

mood:
terasa dengan diri sendiri.
tak tahu apa khabar sister2.
yang saya cintai.

Monday, August 6, 2012

"lebih baik berusaha menghidupkan lilin, daripada mengutuk kegelapan"


"lebih baik berusaha menghidupkan lilin, daripada mengutuk kegelapan"



[kredit]

alhamdulillah wa astagfirullah,
atas rahmat dan hidayah yang memungkin segala susunan bicara dan lantunan kata-kata ini.

moga ia bukan atas dasar nafsu. bukan atas dasar marah, mahupun tidak puas hati, ataupun atas dasar segala sifat-sifat mazmumah yang terkutuk itu.

scene 1:

"ntahlah, aku pun tak paham kenapa waqi'e kat situ jadi macam tu."

scene 2:

"aku datang sini dengan expectation lain, dan ini tidak memenuhi expectation aku langsung!"

scene 3:

"katanya boom ke baboom, tapi kenapa macam ni,nih?huuh, tak paham betui aku"

and, actually, that list goes on...
and on, and on.

__________________________________________________ 

ana tak malu untuk mengatakan ,

antara scene2 yang dijadikan sebagai contoh di atas,

mungkin sahaja saya sebenarnya salah seorang daripada 'mereka'

ohhhhhhhhhhhhh,snappppp!!!
habehlah lepas ni.

mungkin sahaja kita antara mereka  yang pernah mendetikkan persoalan tersebut,dan pernah mempersoalankan, kenapa begini keadaannya? hatta dia mempersoalkan secara terang-terangan atupun di dalam hati, namun hakikatnya hati kita masih tetap sengaja mencari masalah!

ataupun kita bakal bertanyakan soalan itu.


dulu, satu ketika dahulu sebelum menjejak bumi yang dicita-citakan itu, [mood;megimbau kenangan program pengajian 2-3 hari di masjid], wahhhhhhhhhhhh! apalah perasaannya ketika itu? takboleh-describable! [or sebenarnya saya terlupa perasaan itu?] (@_______@)???

barangkali benar, saya terlupa! ohohohoooo....apa yang sangat ingat ketika dibentangkan taburan 'penduduk asing' di setiap locality bersama adhek-adhek tercinta.(sayalah adhek tercinta itu) hoho, dan penduduk asing yang benar-benar asing , yang benar-benar ghuraba' pada saya ketika itu adalah kak f______. dan ketika itu masih tidak dapat yang membayangkan apa-apa selain, betul ke ni data ni? tonyoh mata dua 3 kali! serius!

sejujurnya,melihat ke belakang kembali, hatta pada saat saya menjejakkan kaki ke sini,pelbagai persoalan masih tak terjawab. keapa begini? kenapa begitu? dan perginya saya pada ketika itu membawa hati dan jasad dengan harapan yang cita-cita untuk mencari jawapan pada tiap persoalan yang sebenarnya adalah self-explanatory! sebab tak da sesiapa yang mampu mencri jawapan yang suit dengan hati yang penuh tanda tanya tu! serius ini.

melihat ke belakang kembali,saya sebenarnya turut terlupa part planat masa depan di situ.
saya ada buat ke? ada ke syura bersama-sama time tu? dan hakikatnya ada banyak scene dalam kehidupan masa lalu yang saya sedikit kesalkan, antaranya part inilah! sebab bila tak ada clear hadaf apa yang nak dicapai selama 9 bulan di tanah asing ini untuk diri sendiri, sekali lagi, untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain, ia menyukarkan proses muhasabah. dah berjaya ke sebenarnya aku ni? dah tercapai ke sebenarnya apa yang aku nak capai? hoho, macam mana nak muhasabah untuk diri sendiri kalau di awal permulaan perjalanannya, tiada matlamat yag ditetapkan untuk diri sendiri???

inilah masalahnya, 9 bulan mencari dan bermusahabah program untuk orang lain.

  • 1.owhh, adhek ini ini masalahnya *bla,bla*
  • 2. owhhhhh dia ini perlukan bahan ini..*bla,bla*
3. owhhhhhhhh, dia itu ini,bla,bla, perlukan lebih perhatian di sini.bla,bla.

masalahnya,kenapa saya ada masalah dengan hati sendiri,bertanya itu ini, inilah! inilah salah satu puncanya.

sebab terlalu fokus kepada tarbiyyah orang lain, abeh kau ingat kau bagus sangat dengan asyik fikir orang lain, diri sendiri kau bajet bagus? amalan kau, quran kau, hafalan kau, bacaan kau? [oh, ini ayat kasar, kasar sangat ini] menangis berhari-hari saya kalau ada yang kata gitu ke saya. tapi, kalau ada, saya pasti akan peluk dia jugak setelah berhari-hari memendam rasa...

dan sekarang, bermulalah baru terkial-kial nak mind-set, dan tulis, apa yang saya nak capai untuk diri sendiri. harus tulis! kalau x, lupa!


scene2 kehidupan yang saya tulis di atas sejujurya adalah daripada pengalaman sendiri, dan mungkin juga saya mencedoknya daripada butir bicara ataupun perasaan yang direndam lama dalam jiwa mereka yang saya pun tak tahu siapa. dan akhirnya sebenarnya, itulah cerminan saya. mungkin ayat-ayatnya tidaklah sekasar itu, tapi maksudnya masih sama tapi berselindung di balik senyum manis dan bicara lembut yang kadang-kadang menghipokritkan diri yang sedia penuh dengan kekhilafan.


cerminan setiap bait kata yang saya persoalan tentang bi'ah kehidupan, waqi'e locality dan ceritera indah tentang fantasi dakwah dan tarbiyyah di bumi yag dijanjikan ini sebenarnya bukan menggambarkan 'kelompongan' dakwah dan tarbiyyah di sana. apatah lagi untuk mencerminkan 'ketidak-muntijan' sistem bulatan gembira di sana. tambah-tambah lagi, bukan juga untuk membicarakan soal 'kekurangan' ruhi tarbiyyah di sana.

TIDAK.

TIDAK LANGSUNG.



sebab akhirnya,

"lebih baik berusaha menghidupkan lilin, daripada mengutuk kegelapan"

sampai bila harus mengharap pada orang lain? sampai bila aku dan kau harus menyalahkan bi'ah. balik ke rumah, aku dan kau salahkan bi'ah yang kononnya tidak islamik. tiada solat jemaah, tiada tadarus bersama, tiada kuliah atau tazkirah. pulang ke universiti, aku dan kau salahkan study yang membuatkan masaku dan masamu ditelan zaman, kau dan aku salah itu ini. hingga akhirnya, sebenarnya hakikatnya, pada saat saya menudingkan jari kearah sesuatu yang menjadi sandaran atas setiap permasalahan yang berlaku, se-rasanya seperti membuka pekung didada sendiri,mengaibkan kelemahan diri sendiri, yang sebenarnya gagal men-sibghah kan kehidupan, yang tidak berjaya membumikan fikrah, dan yang tidak mampu mempertahankan himmah dan hamasah yang kita perjuangkan.

dan jangan risau. iman kita ada naik turunnya. setuju! tapi turun dan naik itu ada sandarannya. bi'ah mungkin hanya 0.0000001% yang mempengaruhi kematangan pemikiran dan hati nurani untuk menggerakkan iman. tapi ada benda yang lebih besar daripada itu yang perlu kau dan aku ubah, ada sandaran yang jauh lebih besar daripada itu. diri sendiri.

merenung kembali 9 bulan yang berlalu, sebenarnya, saya tidak memerlukan arahan daripada sesiapa untuk bergerak. hakikatnya, tiada sesiapa juga yang mampu memantau pergerakkan saya 24 jam 7 hari seminggu selain Dia. dan yang lebih menarik, mana ada sesiapa yang boleh berada di sisi saya selalu untuk bicarakan soal kau boleh buat ini,kau boleh buat itu, kau tak boleh buat ini, kau tak boleh buat itu.heh, bahagianya! errrrrrrrr. kadang-kadang sampai lost! itulah, padan muka siapa suruh dulu2 asyik tunggu arahan je. 

inilah saya yang paranoid. 

sekarang saya bukan membicarakan soal orang lain, tetapi diri sendiri.
hakikatnya, apa yang saya persoalkan bukan masuk lagi ke part bagaimana-sebenarnya-seorang-daie-itu-bergerak. ataupun belum lagi memperdebatkan murabbi-itu-seharusnya-tingkahnya-peribadinya-perbualannya-bagaimana. tidak, sebab mungkin terlalu jauh barangkali untuk menggelar diri sebagai daie mahupun murabbi. hatta, saya rasa saya tak mampu menggelarkan diri ini sebagai murabbi mahupun daie kepada sesiapa. cuma barangkali ada satu dua usaha yang saya usahakan , yang saya merangkak, yang saya mengensot dalam usaha kearah menjadi d-a-i-e ataupun m-u-r-a-b-b-i itu. insyaAllah, kalau ditanya, siapa nak jadi murabbi??? saya akan cepat2 je akan tangan. nak, teringin.tapi bukan untuk mengelarkandiri dengan gelaran itu. menangis sekarang. moga Allah mudahkan segalanya.

tapi, bukan persoalan daei ataupun murabbi. 

tapi persoalan sebagai seorang yang muttaqin. [uishhhh, hebat sangat gelaran/tingkatan/pangkat/darjah tu.....] baiklah, saya besarkan lagi skop ini, persoalan sebagai mukmin, selepas darjat mukmin, yang tinggal adalah muslim.( muslim < mukmin < muttaqin ). ini kira paling lekeh la eh, bila berbicara soal muslim. 

muslim yang ruang ringkup hidupnya berpaksikan bingkai kehidupan, bukan calang-calang yang membingkaikannya. mukmin yang kisah hidupnya dilakarkan dalam kitab suci al-quran., yang bukan calang-calang yang melakarkannya, muttaqin yang takdir kehidupannya ditulis oleh Yang Maha Mengetahui, which bukan calang-calang menulisnya. kenapa masih kau sama dengan yang lain ni???  (6:122)

bila kau dan aku duduk senyap kat rumah, stay bawak selimut, mengadap laptop, dan sebagainya, bukan masalah jiwa kau x berjiwa daie mahupun murabbi, tapi jiwa kau bermasalah sebagai orang beriman! (kau=aku)

stop there. seriously, its make me sick.
sick with all those excuses.

dah malas saya nak dengar kenapa-mereka-begini-punya luahan hati. dah jelek saya nak dengar, apa-masalah-mereka-sampai-keadaan-jadi-begini punya ketidakpuasan hati. dah muak dan mual saya nak dengar, dorang-lagi-______-dan-lagi-lama-di-jalan-ini-tapi-kenapa-macam-ni? punya curahan hati. sekarang ini, apa masalah kau mempersoalkan semua ni? kenapa tak buat sendiri? kenapa tak usaha sendiri?

stop there.


itu sangat menyesakkan hati, benak, nurani, dan akal saya.

those who understand more,
ought to do more.

less complain,
for the future.
because the complain,
does not reflect anyone,
except yourself.

be sensible,
be reasonable,
be rational,
far more beyond,
you have to be matured and tough,
not easily screwed up.

with the  fact that,
you are not small-little-chicky-person lagi dah pun,

jadi apa yang nak dihairankan?

"selamat datang ke dunia kematangan"


_______________________________________________________



dah hakikatnya masa akan terus berlalu,saya menoleh kembali jejak-jejak di belakang, adakah berbekas ibadat seorang hamba, merenung kembali saat-saat yang pernah dilewati, adakah setiap pengalaman itu merekah di jiwa insani?

mentafsir mimpi-mimpi yang sudah jadi realiti, adakah ia istidraj?saya mohon tidak.
memandang masa lalu dengan penuh kasih sayang. kerana kenangan itu mendewasakan. kerana memori itu mematangkan. kerana masa lalu itulah sumber kekuatan.

atas dasar itu, kuatkan lah aku Ya Allah.

[07082012]