Wednesday, October 24, 2012

murabbi - mama


"moga Allah bagi kekuatan kat kita puasa pada 9 zulhijjah dan doa banyak2"

"salam wukuf di arafah..banyak berdoa hari ini dan moga Allah terus suburkan kita"



"ada peluang mama dan dik yu pi masjid bukhari pagi ni kuliah ustaz zainal asri...ari raya jangan lupa pakai baju raya dalam kelas"

ada air mata yang mengalir.


dalam bait-bait pesanan mama.

sesak,sebak,sayu.

bukan soal hari raya.


bukan soal perayaan.

tapi soal perasaan.

kadang-kadang terfikir, mcam rasa nak quit every things here. every things yang ada kena mengena dengan dunia yang terlalu dicintai ini. terlalu sibuk dengan pelbagai macam benda, entah apa yang disibukkan sangat, tak pasti.

kadang-kaang terfikir, macam nak lari dari semua ni. just nak balik. nak duduk senyap-senyap. nak hidup dengan penuh aman damai di sana.

kadang-kadang terfikir, macam nak terbang ke tanah tumpah darah. nak kembali kepada kehidupan yang sangat best.

bangun , jenguk sudut bilik, mama dengan tahajjudnya. dengan doa penuh sendunya.

masuk subuh, akan gerak ke surau, solat jemaah sekali.

lepas subuh, balik rumah, settlekan kerja rumah: basuh baju, berkebun, kemas rumah.

masuk isyra', mama akan solat sunat isyra' dan kemudian dhuha.

lepas dhuha, satu family akan siap-siap untuk pergi majlis ilmu sampai tengah hari.

balik dari majlis, akan ke pasar / or pergi ziarah rumah sapa2.

setiap petang after asar, akan ke masjid.

setiap hujung minggu, jumaat dan sabtu, begitulah jadualnya.

setiap hari, mama dan perjuangannya.

mama, sejak ayah meninggal, tak pernah tinggalkan tahajjud.

8 years and counting...

sekali dua bila terlalu letih, mama akan hantar msej,

"mama bangun lambat hari ni, dah masuk subuh"

mama, murabbi hebat.

nak punya jiwa sebasah dan sekental itu.

mood: rindukan biah tarbiyyah di rumah. yang basah.

sini: kering dan tandus. setandus jiwa yang sudah lama tidak dibasahkan dengan rintihan kerinduan pada Dia.

soal basah dan kering.

adalah soal usaha kita.

tapi masih tetap rindukan biah di rumah.



Thursday, October 18, 2012

ajarkan aku erti reda.

kenangan.

saya kira itu yang menjadi salah satu dari pelbagai hadiah dari Dia untuk kuatkan saya.


suka memandang masa-masa lalu,

suka menoleh ke memori-memori silam,

suka mengintai kenangan-kenangan lama,

suka.

suka walaupun akan menangis. 

kerana masa lalu itu,

mengingatkan saya tentang erti sebuah perjuangan,

tentang selautan pengorbanan,

dan sehebat-hebat kesabaran.

:) suka, walaupun akan menangis.

mengintai tirai-tirai masa lalu,

melalu sejarah assbiqul nal awallun,

yang mereka ini reda kepada Allah,

dan yang penting Allah reda kepada mereka.

kekasih Allah, Nabi Musa a'laihissalam pernah bertanya kepada Allah,

"ya Allah, apakah amalan yang akan membuatkan Engkau reda kepadaKu"

kata Allah.

"engkau tidak akan mampu melakukannya wahai Musa"

"khabarkanlah, ya Allah"

"reda dengan ketentuanKu
"

kisah ini saya dengar ketika pulang cuti summer hari tu dari seorang ustaz favourite mama.



reda dengan kisah takdir hidup ini.

reda dengan suratan perjalanan ini.

reda dengan bait noktah perhentian sisa-sisa ini.

reda dengan seredanya.

bukan untuk sesiapa,

bukan untuk dunia,

bukan untuk seisinya,

tapi reda hanya untuk Dia.

sharing seorang adik semalam,

"which is more painful. pain in work hard, or pain in regretful"

i just find it significant.


with all the struggles and hard work that we put together to live up the life.

i just find it beautiful.

as beautiful as this ukhuwah.

ukthi fillah,

"ajarkan saya erti reda."

moga, kita saling meredai.





moga kuat,

bersama Dia.

moga bahagia,

bersama takdir Dia.

peluk kuat-kuat? 

Tuesday, October 2, 2012

rindu.

alhamdulillah wa astagfirullah.

atas masa lalu yang berlalu, 


atas masa depan yang bakal didepani,

atas masa sekarang yang sedang melambai pergi.

moga Allah reda. sereda redanya.

semalam, menerima kematian dua orang yang saya pernah berkongsi moment-moment kehidupan bersama mereka. pernah berbual berbicara, pernah bergelak ketawa, pernah hidup sebagai ahli keluarga. pernah. dan sekrang tinggal kenangan. 


dulu-dulu, kecik-kecik, akan tunggu depan pintu rumah tok, duduk, dan pandang jalan raya, akan lihat pak cik seorang nie, bawak motor, pakai baju melayu, berkain pelekat dan berketayap. hari ini, figura itu kekal dalam ingatan, semestinya akan kekal insyaAllah. dan semalam dia telah kembali ke rahmat Allah. dia bukan sesiapa sebenarnya, tidak sempat pun berkongsi kehidupan yang lama dengan saya, tapi cukuplah untuk buatkan saya menangis atas kenangan kecik-kecik bersamanya, melihat dia berulang alik naik motor, cukuplah untuk buat saya terkenang-kenang kenangan lalu. kenangan yang tak kan pernah gagal membuatkan air mata ini gugur.

dulu-dulu, sewaktu tingkatan satu, arwah ayah dipindahkan ke langkawi, bersamanya atuk y. mereka pernah tinggal serumah, di sebuah rumah sewa di bandar langkawi. time raya, atuk y pun akan pulang ke kampung. beratur cucu-cucu sedara tunggu duit raya. perasaan tika itu masih kekal. masih kekal hingga sekarang. dan semalam, atuk y turut dijemput pergi mengadap Allah. Allahu rabbi. sebenarnya, dia juga bukan sesiapa. bukan bertahun pun hidup bersama saya. kadang-kadang datang, dan pergi. datang dan kemudian pergi semula. tapi, kenangan yang sekejap-sekejap itu tak pernah gagal untuk buatkan saya teringat ringat masa lalu.


bukan kisah mereka yang sebenarnya saya ingin cerita kan sangat, 
tapi kisah kenangan itu.
kenangan itu yang mendewasakan.

saat dan tika ini, kenangan itu sudah terlalu jauh ditinggalkan rupanya.terlalu jauh...

satu tahap kehidupan ke satu tahap kehidupan yang lain,
Allah berbicara dengan pelbagai rasa, dengan pelbagai bahasa.


dalam setiap detik dan tika masa itu, Allah hadirkan rasa yang berbeza.
menarik bukan hati ini?

rasa pada tika ini:
rindu.

jika dahulu sebelum mengenal tarbiyyah, mungkin agaknya senandung tangisan mengingati masa lalu akan terus mengalir tanpa henti. berhari-hari ada kalanya.

sekarang?


masih menangis. biasalah kan? :) manusia. 

masih setia menjadi perindu tegar.

tapi, semakin membesar, kita tahu kita punya banyak tanggungjawab.

bicara Allah ternyata tak pernah gagal untuk menguatkan.

dengan rasa ini, mari membesar sebagai perindu. perindu tegar, perindu tegar syurgaNya.

saya rindu syurga Dia. sebab tak sabar nak berkumpul dengan semua orang.

semua orang yang di dunia dahulu, masa saya bersama mereka dilimitasikan dengan perbatasan waktu.

semua orang yang di dunia dahulu, keberadaan saya bersama mereka dilimitasikan oleh perbatasan negara.

semua orang yang di dunia dahulu, pandangan dan pelukan saya dilimitasikan oleh perbatasan rasa.

sungguh saya rindu. rindu dengan kenangan yang bakal tercipta.

dengan setiap amal sedkit-sedikit yang kita hulurkan pada masa ini,
moga Allah reda. supaya boleh di suatu masa nanti, kita,

"tertawa dan gembira ria" (80:39)



Allah berbicara dengan rasa dan bahasa yang cukup unik. cukup menyentuh. cukup membersihkan.


"Di jalan cinta pejuang, sejak awal kita mengikrarkan bahawa kita semua milik Allah dan hanya padaNya kita akan kembali. Maka dengan sahabat paling mesra, dengan isteri paling setia, atau anak-anak yg berbakti,hubungan kita bukan hubungan memiliki. Allah hanya meminjamkan dia untuk kita, dan meminjamkan kita untuknya.itu sahaja. Sudah begitu besar karunia Allah,bahwa kita ditakdirkan bersama. Atau pernah bersama. Bersama di jalan cinta para pejuang." [salim a.fillah, jalan cinta para pejuang]

mari hidup sebagai ruh seorang pejuang.