Wednesday, March 27, 2013

hidup untuk akhirat



hati ini sangat degil, ya?
sangat susah untuk memahami,
hakikat dunia hanya bisa digenggam,
bukan untuk diletakkan dalam hati.

ibarat kapal,
diatas lautan,
kalau lautan adalah dunia, 
maka jangan sampai lautan itu masuk ke dalam kapal,
kerana bila itu terjadi,
kita karam,
karam bersama lautan dunia.

kadang-kadang terfikir,
sejak mengenal tarbiyyah,
apa sahaja perubahan yang berlaku,ya?

hati itu masih cintakan dunia,ya?
huhu,
kita lebih mengerti perihal hati sendiri.

kita belajar,
hakikat seorang muslim,mukmin itu,
tanggungjawabnya melebihi masa yang ada.

aku lihat kau masih tidak berganjak.
masih seperti dahulu.
masih sempat membuang masa,
masih sempat beromongan kosong,
masih sempat bergelak tawa tanpa tujuan.

aku lihat kau masih begitu,
qiammu tidak mendekatkanmu denganNya,
hafalanmu tidak berganjak malah tidak menambahkan takutmu padaNya,
doamu tidak lama malah tidak mencairkan egomu padaNya,

aku lihat kau masih orang yang sama,
akhlakmu masih juga begitu,
kata-katamu juga  masih begitu,
pandangan matamu masih juga begitu.
gelak tawamu masih juga begitu.

sesak bukan?

sesak sangat.

bila sebuah hakikat tarbiyyah itu sifatnya mengubah,
dan kau masih tidak berubah,
dan selama ini,
kau berjalan di jalan tarbiyyah,
atas dasar apakah?

hati, belajarlah.
belajarlah melepaskan segalanya yang tidak berhak,
tidak berhak pada hati seorang hamba dan khalifah.

senyum.

mujahadah,
sakitnya.

dan aku harap kau tsabat.
please?

*surat hati kepada hati*



Friday, March 22, 2013

musim bunga






satu hari nanti,
kelopak-kelopak itu akan gugur menyembah bumi,
bebunga merahnya mungkin saja akan kekuningan,
.
tapi saya berdoa moga moment ini akan terpahat,
hingga syurga dan syahid datang menjemput.

kerana yang gugur bukanlah jiwa,
yang kering bukanlah semangat,

dan kita akan kembali dengan tersenyum!  :)
tersenyum melihat pahitnya kehidupan ini,

hari ini saya belajar,
kerehatan dan perjuangan
dunia dan akhirat
jahiliyyah dan islam
kufur dan iman
bati dan haq
tak kan pernah boleh bersatu,.

ukhti, sebut nama dalam doa,jom? 


Monday, March 11, 2013

senyum, sambil menangis. :')



alhamdulillah,alhamdulillah, thumma alhamdulillah.

senyum dan menangis itu,

dua kata kerja yang berbeza.

tapi, bila menangis sambil senyum,

saya kira itu raut wajah yang paling menenangkan 

yang Allah hadiahkan pada ketika hati sarat dengan pelbagai permasalahan.

manusia ini abstrak,ya?
selalu saja saya gagal memahami.
selalu saja saya gagal mentafsir.
selalu saja saya gagal mentelah.
apa kondisi hati dan jiwa mereka.
dan saya kira itu kelemahan saya.

gagal memahami,gagal mentafsir,gagal mentelah.
atau barangkali berputus asa sebelum mencuba.
kerana saya memilih untuk tidak mahu memahami.
ignorant bahasa sebenarnya.

Allah ajar, 
perihal ini melalui mereka.

ukhti yang paling selalu ucapkan sayang,
sedang saya tak pernah sekalipun mampu meluahkan kata sayang itu,menegur,
"Nadia, kau ni kena jadi penyayang sikit"
ukhti yang paling selalu ada di sisi,menegur,
"awak bukan tak sayang, cuma belajar untuk tunjukkan"

senyum, sambil menangis.

saya tempang,
mereka kuatkan.

saya gagap,
mereka lancarkan.

saya lambat,
mereka tunggu.

saya tersepit,
mereka melepaskan.

saya jatuh,
mereka bangunkan.

saya terluka,
mereka rawatkan.

saya lewat,
mereka menanti.

saya kasar,
mereka berlembut.

apa lagi yang saya impi?

"There will always be a reason.
why you meet people,
either you need them you change your life,
or you are the one that change theirs."

dan jalan ini,
menuntut pemilik jiwa yang punya iman yang sensitif.

dan mereka,
merekalah yang Allah hadiahkan untuk mengubah hidup saya.

senyum, sambil menangis lagi.





Saturday, March 2, 2013

usrah.

alhamdulillah, alhamdulillah, thumma alhamdulillah.

baru selesai usrah dan mabit bersama adik-adik usrah.

kadang-kadang rasa lucu,

lucu dengan diri sendiri.

hakikatnya dulu-dulu kita tahu, kita bukan orang yang sebegini,

yang akan spend time dengan orang lain,

yang akan bergelak ketawa bersama orang lain,

yang akan menangis bersama orang lain,

yang akan peluk mencari kekuatan dari yang lain,

yang akan cium pipi mencari secebis cinta dari yang lain,

yang lain senyum bila ada yang lain senyum,

yang lain menangis bila ada yang lain menangis,

haikikatnya kita tahu, bahawa dulu-dulu,

kita dengan study kita,

kita dengan masalah kita,

kita dengan perihal kita,

kita dengan family kita,

kita dengan perjuangan kita.

tapi, kita tahu, ada sesuatu yang mengubah kita.

berdebar kot nak usrah,

tiap-tiap minggu akan berdebar jugak.

malu kot nak sampaikan cinta,

tiap-tiap kali jumpa pun tetap malu,

segan kot nak sampaikan rindu,

tiap-tiap mesej pun tak terluah,

macam-macam perasaan.

entahla,

menarik kan jalan ini,

menjadi daei maknanya kau harus menjadi murabbi.

besar makna itu.

kadang-kadang sesak.

kadang-kadang bahagia,

kadang-kadang gembira,

kadang-kadang menangis,

kadang-kadang terluka,

tapi setiap perasaan itu akan mencambahkan lagi rasa cinta kita pada jalan ini bukan?

:)