Tuesday, May 29, 2012

si perindu.



dulu-dulu,
bila sampai victoria lodge.
rasa sorang-sorang.
rasa tak mampu, macam-macam.
dengan macam-macam expectation dari mereka yang jauh saya tinggalkan di malaysia,
dengan macam-macam harapan dari kabil yang selalu bersama saya ketika di KMB dulu-dulu.
dulu-dulu,
bila menjejak kaki ke bumi daun clover ini,
rasa bumi tarbiyyah ini terlalu ideal, terlalu indah dari khabar, terlalu kebabom katanya.
sedangkan, saya datang sebagai pengemis, sebagai  si fakir, sebagai si sunyi,
mengemis cinta Dia, mencari harun, merintis jalan tarbiyyah sendiri.
bukan bermakna mereka yang lain tidak berada di jalan ini,
cuma, saya sendiri yang merasa sendirian...
tiada aimi, sherina, ckin, ainah, aisyah, (susah jugak nak sebut semua 40 orang tu) =)

kabil,
tipu, andai katanya saya tidak pernah memilih tidak berada di jalan ini,
tapi akhirnya, akal dan hati tak mampu membayangkan ada jalan lain selain jalan ini.
saya rindu saat pergi daurah,
kita jalan sama-sama, hujan dan panas bersama, berhimpit berlapar bersama,
menunggu KTM bersama, solat bersama, baca al-mathurat bersama,
menangis bersama, ketawa bersama,  dan kemudian pulang ke KMB bersama,
menghadapi jalan juang yang jauh lagi penghujungnya.
jadi, bila seorangan. saya rasa saya sendiri.

sekarang,
semua orang dah pindah,
nadi, isha, hanim, fama, pak, yana, amal, iylni, tasha, maya, sai,wani, mewn,
sedih! sungguh-sungguh sedih.
saya sebut nama-nama adik-adik AUCMS dulu,
sebab.... nama mereka dulu pernah asing, asing buat hati, asing buat akal.


tanah ini sangat nostalgik.

walaupun bukan dan tidak mampu untuk menjadi sehebat mus'ab bin umair,
walaupun barang dagangan yang saya hulurkan diselaputi dosa sendiri.
saya tetap merindui,
setiap pintu yang pernah saya ketuk,
saya tetap merindui,
setiap bilik yang pernah menjadi persinggahan.

saya rindu,
bilik-bilik dan tuan-tuannya.
saya rindu,
surau dan seisinya,
saya rindu,
talam dan yang mengelilinginya,
saya rindu,
solat jemaah dan jemaahnya,
saya rindu,
iftar dan tazkirahnya.

bumi ini memang hebat,
sehebat yang dibicarakan,

dulu,
saya si fakir, si pengemis,
kini,
jiwa saya penuh,
penuh cinta pada mereka,
yang dulu pernah asing dalam jiwa saya.


kata aini,
"kerana Dia, kami bersama"


kata saya,
"terima kasih, kerana menjadi harun yang terhebat dalam hidup"

firman Dia,

“Friends on that Day will be foes one to another, except al-muttaqoon (the pious).” [al-Zukhruf 43:67]
'the pious'
kita usaha sama-sama ke arah itu.

sabda baginda,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَحُبَّ عَمَلٍ يُقَرِّبُنِي إِلَى حُبِّكَ

O Allah, I ask You for Your Love, and the love of whoever loves You,
and the love of deeds that will bring me closer to Your Love.
sepenuh cinta, 


kisah ini,
kisah kenang-kenangan,
hingga ke syurga.

cinta ini,
cinta benar-benaran,
hingga ke syurga.

ukhuwah ini,
ukhuwah kerana Dia.
mewangi hingga ke syurga.

kisah cinta ukhuwah ini,
insyaAllah, akan saya kenang hingga ke syurga.