Tuesday, April 21, 2015

untuk ukhti. ucapan birthday yang awkward?







tengok friendship dulu-dulu.
jumpa banyak banyak benda yang sgt...
shall I say "someone that I miss"?





Dear Ukhti,
I was once wrote a post,
when I asked Allah  harun,
with a fact that I am neither a Musa,
and little that I've noticed I am Harun to anybody. 
dan Allah berkenankan.
Bila Allah hadiahkan satu kafilah yang mashaAllah,
menghidupkan kontangnya medan ini,
satu kafilah yang membawa air menghilangkan hausnya daerah tandus ini.
I couldn't thank Allah enough for that.

dalam banyak banyak adik di sini,
I never once actually acknowledge  you as adik,
but you neither a KABIL that I always refer to if I'm lost,
you are not adik, you are not katibah-mates as well,
you are not kakak jugak.
jadi ada masa-masa,
akak jadi confuse.
Siapa awak.

Pernah ada waktu 2 tahun lepas,
tengah jalan dari CW ke Raudhah,
awak cakap,
awak terpilih menjadi mas'ulah adalah satu kesilapan.
Silence.
tapi, akak tahu yang sedang belajar dari susuk Umar,
mana mungkin terpilih dengan salah.
dan seharusnya tanggungjawab membuka ruang dan potensi.
and I know you did it very well.

pernah ada satu masa winter break,
kita berdua tak pergi jalan mana-mana,
stay berdua di Bushra.
kita susun mutabaah amal bersama,
siapkan kerja sekolah sama sama,
pergi town sama-sama,
hantar kak Dara sama-sama kat stesen bas,
basah kuyup sebab hujan sgt lebat,
sesuatu yang akak tak pernah buat dengan sesiapa.
 dan kalam-kalam dari kitab "Hazadeen"
kita tadabbur bersama kak hanim,



"Buku ini ditujukan kepada para pendokong dakwah Islam
yang terpaksa menempuh pelbagai
halangan dalam usaha mereka
membimbing manusia
ke arah keredaan Allah..."

at that moment,
we both knew it kan,
yang secara terangan,
we are not actually in that criteria,
Pelbagai , is a strong word kan ukhti?

Ada masa-masanya,
I love to ambush your bilik kat Syifa,
tanpa akak tahu yang awak tak suka.haha.

ada satu ketika,
awak sakit teruk jugak.
dan akak mintak maaf sebab rasa sgtlah tidak membantu,
saat awak menggigil dalam duvet,
saat hampir setahun,
ada kala demam panas tu menggila,
ada yang akak tak sedar.
pada waktu awak menangis dalam bas setelah selesai STC,
sebab sakit lutut
I can't do much,
selain boleh letak minyak panas,
sambil baca al-fatihah,
(well, di sebab mak akak ajar buat begini.haha)

I wrote this down
supaya nanti nanti bila akak dah balik Malaysia,
I really hope
setiap kisah yang akak ada di sini
boleh kuatkan diri yang tempang ni.

terima kasih Dayah,
sebab banyaknya sembang-sembang kita,
akak belajar terlalu banyak,


"Dakwah ni susah kan kak?"

it is a rhetoric question.
dan seharusnya kehidupan kita yang pamerkan kesusahkan tu kan?
well at least for me,
akak tahu hidup ni tak susah mana pun lagi.
tak sampai pun lagi perah kepala, tenaga betul-betul
sampai boleh kata kita buat dakwah ini dengan ikhlas,

"Boleh ke kita tolong orang?"

I know it well,
that you know,
pada waktu kita menolong orang,
untuk sama sama faham,
maksud, method, makna sebenar dakwah ini,
kitalah yang pertama orang yang ditolong itu.

Status-status whatsapp yang...
"To a girl who currently living in past, a castle known as memory..."
dan post post blog....

siapa yang tak merindui satu daerah itu,
we're never in the different boat ukhti.
I miss it.
big time. big big time.
Rindu nak solat Jemaah,
Rindu nak qadaya sampai pagi,
padahal adik nak sampai esok,
Rindu nak gerak pergi daurah sekali,
Rindu nak rasa sesaknya tak da duit,
Rindunya nak rasa nasi talam,
ikan sardine tak masak,
dan kalau ada rezeki lebih,
ada telur dadar dan kicap masin,

Siapa tak rindu,
pada tidur di lantai,
dengar taujihat yang berapi.
pada liqa'liqa belakang surau,
pada iftar reramai,

Siapa tak rindu,
pada wajah yang ingatkan kita tentang syurga,
pada peribadi yang tunjukkan pada kita inilah si daei,
yang tak punya apa,
kereta hanya kereta infaq,
sebab terlalu lama,
selalu rosak.
malah kadang-kadang,
accident.
maka akan keluarlah seruan infaq nak repair kereta.
yang lepas kerja,
terus datang jumpa adik.

Siapa tak rindu,
pada mereka yang,
rumahnya tiada sofa, malah tiada meja,
biliknya tak berpintu,
sesiapa pun boleh tidur,
pada wajah yang buatkan kita tertanya,
"kenapa begini sekali kau perlu berkorban?"

nanti di syurga,
kalau akak ada peluang masuk,
akak nak mintak KMB dan orang orangnya.

tetapi memori adalah memori.
yang kisahnya kita akan simpan sampai syurga,
sekali sekala kita jenguk,
buat semangat tatkala semuanya nampak tak kena.
dan sejarah adalah satu satu tentera Allah yang menguatkan,
and I will always, and always believe that.

We always see the grass is always greener on the other side.
and I wish to go back to the life that
I think more appealing, more demanding, more challenging.
but reality hits hard....
when I asked Allah dulu-dulu to give me the best place that Allah most please.
when I asked Allah dulu-dulu letakkan aku ditempat yang memerlukan,
when I asked Allah dulu-dulu
matangkanlah, besarkanlah, dengan apa-apa cara yang Kau suka ya Allah.


"Stagnant still at the junction of 2 divergence path"

little things I've noticed going on lately,
I know you're not stagnant.
akk bukan yang terbaik untuk ajar awak itu ini,
malah I never actually contribute apa-apa,
tapi terima kasih ukhti,
untuk sebuah perjalanan
merentas masa kehidupan,
yang akak tahu akak belajar banyak dari awak.
terlalu banyak.

akak tahu yang awak tahu ke mana awak nak pergi.
jadi teruslah memberi kehidupan,
teruslah melangkah dan menongkah.
sampai saat dah tiada lagi langkah untuk dipasak,
sampai saat rasa sesak dan berbelah,
sampai saat tiada lagi tenaga untuk diusahakan.
maka awak akan temuikan kemenangan, atau syahid yang diimpikan.

selamat menjadi pahlawan tak bernama ukhti,
selamat menjadi perajurit tak berpangkat,
selamat menjadi pemburu yang tak lelah dalam pemburuan.

and I will always,
pray the best,
for amongst the best person that Allah granted me,
when I asked Allah dulu-dulu,

"jadikanlah aku seorang pembantu,
teguhkanlah dengan dia kekuatanku,
jadikanlah dia sekutu dalam urusanku,
supaya kami banyak bertasbih kepada Engkau,
dan banyak mengingati Engkau"

Salam awkward, :p
Bushra.
21/04/2015