Tuesday, August 10, 2010

ya Allah,
moga sibuknya dunia,
tak menggugah persiapan Ramadan.

moga bisingnya dunia,
tak menyentap keheningan lewat malam Ramadan.

moga lemasnya dunia,
tak menongkah salju tahajud Ramadan.

moga sesaknya dunia,
tak merobek tangkai sedekah Ramadan

~i'm gasping for the air,
in the hectic and chaous of IB.

Friday, August 6, 2010

angin rindu berhembus lagi...

2 3 hari ni...saya sangat sedih bila berbicara tentang sahabat.
mudah benar air mata mengalir,
mudah benar hati ini tersentuh...

dan kadang2 bila seseorang sahabat meninggikan suaranya sedikit pun,
mata saya sudah mula berair.
dah tak segan untuk menangis,
dalam keriuhan hampir 21 orang penghuni M09A...
dah tak segan untuk menyendiri,
dalam kebisingan setiap bicara yang berdesing.

minggu ini Allah mengajar saya satu pengajaran yang sangat penting.
penting pada saya, tak semestinya penting bagi orang lain.
namun yang pasti setiap kejadian yang berlaku adalah pengajaran yang sangat comel dari Allah.

rahsia tangisan iu tak mudah di gali,
tak mudah dibongkar, sehinggalah kita sendri merasakan indahnya sebuah tangisan.

namun yang pasti, biarppun remeh sebuah tangisan,
biarpun sedikit cuma kehadirannya dlam hidup sesetangah orang,
jangan pernah lupa yang bahawasanya tangisan yang takutkan Allah itu mampu memadamkan api neraka.

bukan hal 'tangisan' yang saya ingin bicarakan.
namun lebih dari itu.

saya selalu mendengar orang lain berkata,
"puas merintih mencari matahari dalam lebatnya hujan.tetapi tak jumpa....rupa-rupanya Allah nak hadiahkan pelangi pada akhirnya..."

hari ini seorang sahabat menghantar mesej pada saya,
"I put ur pic infront of my study place..pembakar semangat...hehe.caya x?"

subhanaAllah,
saya rasa inilah hadiah yang terhebat sekali Allah anugerahkan dalam kehidupan sebagai seorang sahabat.

sungguh!saya rindu semua...rindu agama yan...rindu sahabat2....
tambah2 bila menganjak ke bulan ramadan ni.
rindu nak bukak puasa sekali,
beratur panjang2.
solat terawih...
sungguh!saya rindu semua....
saya pasti akan kembali ke sana,bersama sahabat2...
insyaAllah...
untuk mengutip semula kenangan lalu,
biarpun tak kan berulang...
sekurang-kurangnya biarlah ada dalam memori.
sahabat,kita ibarat burung..
yang jauh merantau...berhijrah dari satu negeri ke negeri yang lain.
namun, kita akan bertemu semula kan?

saya sepertinya sudah menjadi pencinta kenangan.

amal,
entry ini untuk anda~
terima kasih,atas segalanya...

Tuesday, August 3, 2010

hari ini...

hari ini saya sangat sedih, sangat -sangat sedih,sehinggakan pada saat entry ini ditulis saya masih menangis.
first time menangis di hadapan ustazah di dalam kelas,
bukan dalam percaturan hidup untuk hari ini.tapi Allah lebih mengetahui mengapa saya diuji begini.

sungguh!kata-kata adalah pedang yang sgt tajam.
saya marah.marah sangat2.hinggakan badan saya bergetar menahan marah...hinggakan air mata keluar
tanpa saya segan wujudnya ustazah betul2 di hadapan.
tanpa saya malu lagi untuk pertahankan pegangan saya untuk tak menangis di hadapan sahabat2 lain.

gelaklah , sahabat-sahabat.andai kata-kata itu melucukanmu.
saya menagis bukan kerana gelak tawa kamu kepada saya,
namun saya menangis kerana gelak tawa itu adalah mainan kepada hak Allah yang saya pertahankan.
inilah UJIAN....

hinggakan pada waktu dhuha, saya masih menangis.
ntah bila tangisan ini akan menangis, saya tak pasti,namun...yang pasti marah,sedih,bercampur jadi satu.

pernah ada seorang sahabat baik memberi nasihat ,
berlapang dadalah dengan sahabatmu.

dan mungkin hati saya yang bermasalah~
kerana masih tak mampu untuk berlapang dada dengan kata-kata sahabat, gelak tawa mereka

pernah ada sahabat memberitahu,
maafkanlah sahabat walaupun dia ada menyinggung hatimu.

dan jelas hati saya masih bermasalah,
kerana masih tak berdaya untuk melenyapkan setiap tindakan dan kata-kata yang saya terima.

"adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata menghina), mereka mengucapkan salam..." (25;63)

jelas, saya masih belum beriman dengan ayat ini,
walaupun sudah mengetahui hakikatnya berbulan dahulu...

"dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara vyang lebih baik , sehingga orang yang ada rasa permusuhan di antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. dan sifat - sifat yang baik itu tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang0orang yang mempunyai keberuntungan yang besar." (41;33-34)

jelas sekali Allah cuba menguji saya sejauh mana saya beriman dengan ayat yang baru ditadabbur,
dan ternyata saya masih belum sepenuhnya beriman....

biarlah sahabat-sahabat saya....
biarlah juga luka di hati ni...

saya masih tetap akan memgunakan perkataan 'sahabat' walaupun hakikatnya bukan begitu.