Sunday, June 24, 2012

alhamdulillah...


alhamdulillah wa astagfirullah...
catatan hari yang ke-9 di bumi malaysia.

mashaAllah sudah hari yang ke-9!
masa berlalu dengan sangat-sangat cepat,
mohon Allah beri keberkatan di dalamnya, 
mohon Allah beri keredaan dan rahmat serta kasih sayangNya...

alhamdulillah, 
peluang dakwah dan tarbiyyah sentiasa terbuka dengan seluas-luasnya,
setiap saat, setiap detik, setiap ketika,
tapi Allah Yang Maha Penyayang,
memberi pilihan pada kita,
jalan taqwa atau jalan 'tidak taqwa'. :-)
moga setiap pilihan Allah pandu, Allah pegang, Allah jaga.

kuat-kuat pegang tali ni...kuat-kuat peluk, moga tak terlepas!
Sabtu ( 16/06/2012)



setiap hari sabtu, 
pukul 9-11 a.m,
ada akan 2 orang ustaz akan sampaikan pengajian,
setiap minggu, ya!
minggu tu, ustaz Rizuan dan seorang lagi ustaz yang gagal dikesan namanya. =.=''

Ahad (17/06/2012)

hari ini, israk Mikraj, pagi-pagi keluar,
ada program lantunan mahabbah untuk rasulullah.
jetlag, tersengguk jugak sambil mendengar.[alasan] (@_@)

tapi ada satu berita sedih,
menyebabkan terus gerak ke kodiang after solat zohor,
al-fatihah untuk arwah pak cik hashim,
satu figura yang tak kan hilang dalam ingatan insyaAllah, 

copy status facebook:

sebab tu ada syurga,
boleh jumpa 'mereka'.

cerita kita lain2 hari ini,
tawa bahagia, tangis derita ;
moga makin dekat dengan Dia, dengan syurgaNya, dengan redaNya.
 ·  ·  · June 17 at 11:09pm · 


al-fatihah untuk jiwa-jiwa yang pernah dekat dengan kita.

Isnin ( 18/06/2012)

malamnya ada pengisian dari Ustaz Zainul Asri, 
berbicara tentang kitab syamail rasulullah [insyaAllah betul]
mashaAllah, best sangat.
selalu sangat kita laungkan pada dunia,
Muhammad itu pesuruh Allah,
tapi jarang-jarang sebenarnya kita berusaha untuk nak mengenali;
tingkah baginda, figura baginda, peribadi baginda,
jarang-jarang.
cakap lebih, tapi sebenarnya tidak berusaha untuk mencintai baginda sepertimana
baginda mencintai umatnya...:'(


ustaz zainul asri
mudir maahad darul hadis.

jemput datang ke UKIR Mall,
setiap hari isnin, after magrib.

Selasa (19/06/2012)

drive ke penang, jemput dara, dan shopping makanan,
untuk adik-adik KMB yang akan datang untuk daurah dan jaulah di adnin.

tak sabar menanti adik-adik.

status facebook, (>.<)v

First jaulah dengan sister.senyum lebar-lebar,buka hati luas-luas. — with Natasha Abdullah and 3 others at Georgetown - Penang.
 ·  ·  · Tag Friends · June 19 at 6:50pm via mobile 


Rabu (20/06/2012)

saya tak sangka aturan dan takdir Allah untuk hari ini masyaAllah sangat owesomeeee...
sungguh, saya tak sangka.

keluar dengan penuh tanda tanya, nak pergi ke mana,
sebab phone nadi off, tak dapat call.
pergi mencari dengan alamat yang dapat time kat ireland.
sungguh, Allah mudahkan, semudah-mudahkan,
tiba dihadapan rumah nadi dengan tiada sesat, dan sebarang kesusahan mashaAllah.
kemudian bergerak ke rumah iylni. 

teringat hadis ni:

Daripada Abu Hurairah r.a, nabi saw bersabda:

“Ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya di daerah yang lain, lalu Allah menghantar Malaikat untuk menyusulnya. Malaikat itu mendekatinya sambil bertanya:
“Ke mana anda ingin pergi?”. 
Lalu dijawab lelaki itu: “Saya ingin menziarahi saudara saya di daerah ini”. 
Malaikat bertanya lagi untuk mengujinya: 
“Adakah anda akan mendapat apa-apa keuntungan daripada ziarah ini?”. 
Lalu dijawab lelaki itu: 
“Tidak, aku menziarahinya semata-mata kerana cintaku kepadanya kerana Allah. 
Malaikat itu menjelaskan: “Aku sebenarnya diutus Allah kepadamu 
untuk menyatakan bahawa Allah menyukaimu sebagaimana 
anda menyukai saudaramu kerana Allah”. (Muslim)

Allahu rabbi,
pilih kami untuk ikhlas ya Allah...

sungguh, takdir dan penyusunan Allah adalah yang terbaik,
melawat AUCMS bukan dalam planning,
tapi Allah nak hadiahkan adik-adik yang
mashaAllah supercool,

status facebook, :)

"Kalau kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita pendek dan singkat. Tapi kalau kita hidup kerana perjuangan, hidup kita penuh makna dan panjang"

hari yang panjang. mashaAllah, sangat best.
jumpa sister2 yang super cool + adik-adik yang super duper cool.

orang kata pulau pinang pulau mutiara,
adik-adik Pre - Medical AUCMS 2011/2012 dan KMB, andalah mutiaranyaaa..... — with Nurul Iylni and 2 others in Pinang, Pulau Pinang.
 ·  ·  · Tag Friends · June 20 at 9:15pm · 

fauzah, uswah, shafika khalil, saz, farihah, maryam, aqilah, dan yang lain-lain,
moga Allah pertemukan kita dengan satu pertemuan lain 
yang moga-moga diredaiNya.




Khamis (21/06/2012)

kena pulang untuk hak keluarga,
sebelum pulang, pagi tu dapat pengisian daripada ustaz jalil,
mukadimah tauhid zindani.

best sangat, sangat-sangat best,
Allahu rabbi,
moga ini bukan ilmu yang sia-sia.
takut sebenarnya.


sesiapa yang belum berkesempatan baca, bacalah, insyaAllah, sangat best,
lagi best before baca dengar dulu mukadimahnya.

Jumaat (22/06/2012)

saya tak pernah sangka untuk lihat wajah ustaz live,
sungguh tak sangka,
mcam nak menangis rasanya.


macam tak percaya.
suara yang selalu dengar dalam radio,
wajah yang selalu tengok dekat tv,
Allah beri peluang untuk lihat dan dengar secara live,

pengisian, jangan ditanya 'kebasahannya'.

mashaAllah, hari yang sangat bermakna.

Sabtu (23/06/2012)

sepatutnya hari ini ada jaulah adik-adik KMB,
nak sangat join,
asseff, sebab memang tak berpeluang,
kereta cuma ada satu,
dan saya di dalam kereta yang satu itu, bersama family ke Dewan Sri Mentaloon,
cuba teka jumpa siapa?

*koff*koff*


ustaz syed abdul kadir al-joofre.
[kredit]

sila google untuk yang tidak mengenali,
*baru ja kenal sebenarnya* =.=''

Ahad ( 24/06/2012)

hari ini.
saya kira summer susah,
ya, sebenarnya memang susah.
susah sangat.

berjuang dengan masa, 
berjihad dengan nafsu.
bukan senang nak tundukkan keinginan, itu ini, bukan senang,
the hardest part in summer, mungkin saya tak terlalu highlight,
tapi sebenarnya banyakkk....
di mana saya tidur di majlis ilmu,
di mana ada ketika saya terlebih tengok tv,
di mana ada ketika saya tersolat lewat [nauzubillah]

status pagi:
moga kesejukkan ireland tak membekukan semangat,
bahagia dengan duit dan masa yang banyak.
moga kepanasan malaysia tak mencairkan amal,
futur hingga gagal menjadi kuat dan menguatkan.

*tarbiyyah ada setiap masa, sebab Allah tak pernah berhenti untuk memerhati*
 ·  ·  · 8 hours ago · 



diantara kedua status ini,
alhamdulillah berpeluang untuk join satu majlis ilmu bersama fama dan mun.
Allah, moga Dia reda.

hadiah untuk seluruh umat islam! 

apabila menjadi salah seorang dari saksi sejarah jatuh bangun islam,detik ini harus diingat sampai bila-bila.
Allahu rabbi, melihat saja tidak cukup, kena berjuang bersama-sama!










Morsi menang sebagai Presiden Mesir. Allah hu akbar. Mohammed Morsi received 13,230,131 votes and Ahmed Shafiq 12,347,380.
 ·  ·  · about an hour ago ·
 




  • Nur Amirah AsmadiZafirah TajudinNajwa Ibrahim and 11 others like this.


    catatan perjalanan ini,
    bukan menandakan saya menggunakan masa saya dengan baik,

    catatan perjalanan ini,
    sebagai penguat untuk saya,

    supaya satu saat,
    andai futur menyapa,
    moga ini dapat jadi penguat semangat,
    sebagai tali untuk saya pegang,
    untuk sampai kepada redaNya.


    sister, saya perlukan anda atas jalan ini.

    esok, akan bergerak ke kuala lumpur, doakan.

Saturday, June 16, 2012

summer # 1

sehari yang panjang.

sebelum tido sangat semangat untuk nak hadapi hari esok, which is hari ini.
tak sabar nak jalankan apa yang dirancang:
nak tolong mama, nak masak, nak kemas rumah,...etc.

end up:
- mama bangun pukul 4 lebih ; qiam, sahur.
- mama pergi jemaah subuh di surau.
- after subuh, mama bersihkan luar rumah.
- adik ayu lipat baju
- mama basuh baju.
- bangun-bangun, terus mandi dan terus bersiap sebab mama dan adik ayu dah siap untuk pergi ceramah ustaz.

rasanya, planning dah terbalik. :'(

bukan senang untuk menguatkan, bukan menguatkan sekitar, cukuplah diri sendiri,
tapi masih lagi berjuang untuk itu.

sekarang,
tengah dengar recording ustaz.

"islam tidak masuk ke dalam hati yang penuh jahiliyyah"

jahiliyyah.
encik J, bukankah kita pernah bercerai talak berjuta dulu?
kenapa masih menghantui dan mengekori serta menuntuti langkah dan bayangan saya?

sebab.


"syaitan tak pernah berhenti berjuang"