Thursday, December 19, 2013

futuristik



dulu-dulu,
suka duduk sorang-sorang.

suka menangis sendiri,
bila ada kenangan yang menyentak di hati.

suka senyum sorang-sorang,
bila ada kisah yang mencuit jiwa.

tapi semakin lama,
semakin belajar,
kenangan tak akan bawa ke mana,
kalau tidak menambahkan amal.
kalau tidak membuahkan iman.

macam agak ekstrem,
tapi,
benar.

semakin lama,
semakin 'sibuk',
sampai tak sempat nak ber'kenangan'.

semakin lama,
semakin tahu,
jiwa yang besar,
nampak jelas matlamat dan masa depan,

semakin lama,
semakin sedar,
jiwa muslim yang bergelar daie,
adalah jiwa yang futuristik.

memandang dengan kasih sayang setiap seorang dari mutarabbi,
sebagai jiwa-jiwa akan menumbuhkan pohon yang rendang untuk ummah yang tenat.

memandang dengan penuh semangat setiap satu amal,
sebagai amal yang akan menjadi asbab-asbab kecil untuk sampai ke syurga yang sangat susah nak sampai.

memandang dengan penuh ketenangan setiap satu tribulasi di jalan ini,
sebagai tarbiyyah Allah untuk lahirkan jiwa yang lebih kuat,lebih bahagia, lebih lapang.

memandang,
dengan kaca mata islam.

bahawa jiwa yang kecil hari ini,
akan membesar sebagai sebaik-baik ummat,
untuk ditampilkan,
kepada sekalian alam.

dan sungguh,
manisnya perjuangan ini,
hanya mampu dirasa untuk yang berkorban.

aku, kau, 
rasa tak?