Wednesday, April 25, 2012

Mrs X.

buat si dia,
pengarang jantung hati..*koff*koff*

mood : flash back.


dulu-dulu,
tengok kat KMB rasa macam jauh tak tergapai...
rasa macam inferior, macam enggang dengan pipit..

(@_@) apakah?



dulu-dulu,
tengok kat KMB rasa macam tak pernah cakap.
cuma hujung-hujung nak habis IB,
rasa cakap sepatah dua kata.
rasa macam...macam-macam..


dulu-dulu,
kat padang ni, sebenarnya kita pernah main softball sama-sama.
mungkin pernah jadi satu pasukan,
sebab err, berapa ramai sangat la yang join club ni.[ain zu, jangan rasa offensive]
kita pernah jugak sebenarnya keluar pergi One Utama sekali,
tapi...
tapi...
tapi...
kau kata kau tak sedar pun aku wujud! [koyak, rabak.haha]
tak pa, aku pandang dari jauh je, 
sebab, aku rasa terjauh untuk digapai.
betul-betul jauh ni..tak tipu...

[atap blok f]

dulu-dulu,
kita pernah satu blok.
jangan kau cakap kau tak perasan sudah! hancus rebus jiwa aku kalau ya..
even,
tiap-tiap malam ahad, 
kita baca al-mulk sekali, nasyid al-asma ul-husna sekali,
sebenarnya,
kau tak perasan pun aku wujud kan?
heh...hujung-hujung nak habis IB tu mungkin la perasan sekejap.

sebenarnya,
dulu-dulu,
aku pernah jadi 'kakak' usrah kelas kau sekejap.
entah apa yang aku membebel time tu.
entah apa yang korang rasa time tu.
entah apa yang terjadi time tu.
aku.tak.pasti.
tapi, yang aku pasti,
kau sebenarnya tak perasan jugak kan?
heh...dah agak dahhh...

entahla.
entah apa memori yang aku rakam bersama kau.
aku banyak la rakam..
kau, mcm tak da ja...
tak pa,takpa, dah lama dah koyak.hehe..

tapi,
penulisan takdir Allah itu tak pernah gagal,
untuk buat aku terharu.
jalan hidup yang Allah aturkan itu tak pernah tak berjaya,
untuk buat aku kagum.

entah apa yang buat aku terjatuh sayang.
pada seseorang yang dulu-dulu,
tiada memori untuk dikenang.
entah apa yang buat aku terjatuh rindu,
pada seseorang yang dulu-dlu,
tiada kenangan untuk disimpan.

"Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).
Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,
nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,
tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.
Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana." (Al-Anfal: 63)


betullah.
hati, bukan milik kita,

buat Nurbazilah Ariffin,


21 tahun telah berlalu,
sekejap sangat bukan?
rasa tak hati berbeza dengan tahun-tahun yang lepas?

pada saat tarbiyyah dan sambutan perkenalan daripada Dia,
menyucikan gelap pekat masa lalu,

post dulu-dulu,
aku pernah cakap,
yang aku cemburu,
bila melihat tarbiyyah itu menyucikan hati insan-insan yang aku kenal.
yang aku cemburu,
bila melihat sambutan perkenalan daripada Dia mengubah jiwa-jiwa yang aku kenal.
sungguh aku cemburu.
kenapa ya tak mampu jadi sehebat 'mereka'?
dan anda salah seorang daripada 'mereka'.

21 tahun telah berlalu.
sekejap sangat bukan?

entah bila hembusan terakhir,
entah bila nadi terakhir,
tapi,
aku doakan moga pengakhiran yang baik itu milik kita.

masa akan terus berlalu, 
kenangan yang dulu-dulu, di KMB, sudah jauh ditinggalkan rupanya,
tak pa, kau tak ingat, aku no hal ja.[heh]
tapi masa hadapan yang akan datang,
aku harap, aku doa, aku mohon,
yang kau akan terus jadi seseorang yang aku akan selalu ingat,
dalam doa,dalam hati, dalam fikiran.

sebab,
dah nak buat macam mana kan?
kalau dah terjatuh sayang?

“Teman-teman akrab pada hari itu (kiyamat) akan saling bermusuhan 
kecuali orang-orang yang bertakwa.”(Q.S. Az-Zukhruf:67) 
sebab,
aku nak jadi si taqwa itu.

selain jadi si taqwa,
apa lagi pilihan yang ada ya.
disebabkan tiada, jadi aku memilih untuk berusaha menjadi 'si taqwa'.
pada seorang 'si taqwa' yang lain.

ukhuwah ini,
persahabatan ini,
memori ini,
moga jadi sebuah memoir indah,
untuk dikenang hingga syurga.

jalan hidup ini,
jalan juang ini,
jalan manis ini,
moga jadi satu perjalanan yang terbaik,
sekali lagi,
untuk dikenang hingga ke syurga.

uhibbuki, fillah.



Sunday, April 22, 2012

again.

mencari jawapan pada satu persoalan...
lama saya berfikir...
hingga dalam usaha mencari jawapan itu..
Allah temukan saya dengan wajah yang cukup saya rindu,
ya Allah sangat rindu...
hinggakan sepertinya tak sabar nak ke syurga..nak peluk kuat-kuat..
hee...menangis teresak-esak jugak di dalam bilik...

pelik ya sifat hati itu?
di saat semua anggota lain tunduk pada sunnahtul Allah,
hati itu diberi pilihan untuk tunduk atau tidak.

pelik ya perihal hati itu?
dalam keriuhan manusia,
dalam gelak tawa mereka,
dalam riuh rendah dunia,
hati itu terasa sepi.
sepi...
sunyi...
*krik*krik*

pelik ya soal hati itu?
hingga kadang-kadang kita sendiri gagal mentafsir,
apa sebenarnya rasa ini.
hinga kadang-kadang kita buntu mencari puncanya,
apa sebenarnya rasa ini.
hingga kadang-kadang kita sesak memikirkan,
apa sebenarnya rasa ini.

mengapa ya hati?
kenapa tidak bisa jadi setenang sumaiyyah?
pada saat hanya kalimah Allah
yang dia kenal,
tapi tenangnya hatinya pada saat dibunuh tersadai.
dia syahid. dengan tenang...

mengapa ya hati?
kenapa tidak bisa jadi seteguh abdullah umi maktum?
pada saat dia buta,
tapi memilih untuk jadi pemegang panji islam!
"izinkan aku memegang panji islam, ya Rasulullah,
aku buta, pastinya aku tidak akan berpatah ataupun lari dari medan perang!"
ya Allah, teguhnya hati dia..
dia syahid. juga dengan tenang....

mengapa ya hati?
kenapa tidak bisa hati sekuat mus'ab bin umair?
pada saat dia seorang dihantar ke madinah,
satu persatu pintu diketuk
menyampaikan kalimah tauhid itu.
dia dahulu, kaya, si pintar, kacak, terkenal,
tapi cukuplah Allah dan rasul sebagai jaminan.
walapun kafan tidak cukup menutup jasad,
dia syahid. juga dengan tenang...

mengapa ya hati?
mengapa masih sepi?
mengapa masih kosong?
hairan....

hati seorang mukmin itu,
sifatnya tenang..
tak perlu rasa sunyi.
tak perlu rasa gelisah.

mengapa gelisah tentang perihal dunia.
sedangkan rezeki itu aturan Tuhan.

mungkin kadangkala dia menangis,
bukan menghiba soal dunia,
tapi pilu mengenangkan nasib akhirat,
yang entahkan syurga, entahkan neraka.

mungkin kadangkala dia meratap,
bukan mempersoal perihal dunia,
tapi gusar memandang hari depan,
entahkan murka, entahkan redaNya.



pandang langit, pandang awan.
mungkin perlu belajar daripada "mereka",
si hamba taat yang tenang,
si hamba patuh yang senang...
mengapa ya "mereka" bisa jadi tenang, jadi lapang, jadi luas.
pada saat mata memandang "mereka",
pada saat mata mendongak ke arah "mereka",
kita jadi rindu pada Dia,
pada syurgaNya.

ahli dunia melihat kita,begitukah?
saat mata memandang kita,
tenangkah mereka?
saat jasad bertemu kita,
hilangkah keserabutan dunia?
saat jiwa berhadapan kita,
teringatkah mereka pada Dia?
aduh...
sekali lagi tampar diri sendiri,
bila bicara rasa,
bila persoalan jiwa,
gagal menemui jawapan yang diingini.

teringat bicara Nabi Ibrahim,
paa saat mempersoalkan kaumnya yang menyembah berhala :

"Tuhan yang menciptakan daku(dari tiada kepada ada),
maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku."
benar bukan?
saat anugerah hamba itu ditaklifkan,
Dia yang memimpin, Dia yang menunjukkan,
arah mana seharusnya jiwa itu.
tapi jiwa,
mengapa rasa sepi,
saat Dia menghadiahkan sesuatu nikmat dan anugerah,
yang lebih berharga daripada langit, bumi dan isinya?
nikmat merasai dan menikmati hidup dalam jiwa seorang hamba. :')
penyucian yang lebih mana lagi menyucikan daripada itu?

"Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum"
"Apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku,"
"Dan Dialah yang mematikan daku, kemudian ia menghidupkan aku,"
"Dan Dialah yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat."
26-77:82

jiwa mukmin itu harus tenang.
sepi itu bukan bencana,
sepi itu nikmat,
supaya kita kenal yang Dia yang bersama kita saat sepi,
berbanding keriuhan manusia, kita lupa Dia,
lebih baik sepi bukan?
saat Rasulullah menyendiri di Gua Hira',
sepi itu yang dipilih,
berbanding riuh rendah kota Mekah.
jiwa yang sepi dapat mengenal Dia,
bukankah lebih baik dari jiwa yang hibur sedangkan Dia tiada?

aisyah,
terima kasih atas persoalan itu,
"mengapa jiwa sepi dalam keriuhan?"
kerana itulah saya pada saat ini.
pada detik ini.
jawapan saya,
supaya kita tahu erti hidup berTuhan
supaya kita kenal nafas sebenar jiwa hamba
supaya kita mengerti makna kehidupan.

jom!dalam kesepian, jom cari hati yang kuat,yang gagah, yang perkasa!
untuk terus hidup bersama tarbiyyahNya!











Wednesday, April 18, 2012

rasa, kembalilah.

sekali sekala mengimbau kenangan lalu memang seronok.
dan most of the time,pasti ada air mata yang turut menemani layangan fikiran yang membatuti masa lalu.
sedar tak sedar,masa berlalu dengan sangat sangat cepat.
hingga kadangkala,sesak!
sesak memikirkan segala kemungkinan  yang bakal berlalu.
aku menulis secara general dari
sudut pandangan seorang manusia yang khilaf.
yang sangat insignificant,
di mata manusia.jauh sekali di mata Dia.

sekali sekala, menyusuri lantai masa depan,
apa salahnya, bukan?
walaupun ianya belum pasti mengukir yang indah,
namun tak pasti juga yang sakit dan derita itu akan terus menemani masa depan.
tapi, yang pasti tiada salahnya bukan menggarap mimpi,
sekalipun hanya sesaat dua.
sungguhnya, biar sakit mimpi itu,
biar keanak-anakkan mimpi itu. namun itu  tetap mimpi aku,siapa yang bisa pertikaikan?
seklipun, kadangkala dengar gelak ketawa mereka,
cuba menggugah pendirian ku,
seklipun, tampak biasa tancapan mindaku,
namun siapa mereka untuk mempersoalkannya.....

sekali sekala, mengintai jendela kehidupan,
tiada salahnya mempersoalkan keupayaan diri,
kadangkala sesaknya hidup bisa mendewasakan akal.
mematangkan fikiran, menjernihkan kelamnya msa depan.
tiada salahnya meniru yang lain,
untuk mengislahkan jiwa,
mentarbiah diri...namun kadangkala, hati sering berbolak balik, menanya itu ini,
hingga jawapannya tersadai di pantai pemikiran,
sekali lagi, aku menlis bagi menterjemah rasa hati.
yang tiada bisa difahami oelh sesiapa pun selain Dia..

sekali sekala, menginjak ke usia muda semula tiada salahnya bukan?
sekali sekala, menyusur titian kehidupan,walaupun goyah, tiada peliknya bukan?
sekali sekala, menghimpit masa lalu agar terus hilang dari kotak fikiran, tidak terlalu kejam bukan?
entahnya, mungkin aku yang paranoid?


~it was wrote almost 2 years ago~

hati, sudah semakin besarkah?



pandang langit,
seluas langit, setenang angkasa, aku yakin jiwa dan hati baginda lagi luas,
dan lagi tenang. :')

diri, sudah berjuangkah?


pandang matahari,
secerah hari sesilau mentari, aku yakin seharusnya sinar tarbiyyah itu seperti itu.
bukan kita yang mencerahkan, tapi Dia.

bukankah cahaya atas cahaya? (an-nur;35)

jadi aku mohon,
agar kelam, pekat, hitam, busuknya jahiliyyah,
tidak mengurangkan sedikitpun rasa rindu pada Dia, pada syurga.

rasa, kembalilah.