Saturday, May 8, 2010

bila angin menghembus khabar gembira....

bila angin menghembus nafas gembira,
ku kira itu nikmat Illahi.
ku kira itu anugerah ya Rabbi,
ku kira itu hadiah dari sang pencipta,
ku kira itu penghargaan ya Latif.

rupanya,
bukan itu sahaja tentang perihal angin.
angin yang membelai,
angin yang menghembus,
angin yang bertiup,
membawa nafas bahagia,
gembira, senang hati, suka hati,
dan sekarang,
angin sedang membuai lagu indah
mengukir kata gembira,
membicarakan perihal 'KAMI'.
mendebatkan kemesraan 'KAMI'
merungkai keluh kesah 'KAMI'

sungguh..aku gembira,
bersama angin, bersama awan,
bersama matahari,
di sebuah taman,
yang mengukir sejarah 'KAMI'
yang sedang memerhati telatah 'KAMI'
yang sedang menonton perihal 'KAMI'

biarpun,
bila setiap kali angin menghembus,
dia membawa pergi kenangan lalu,
dia mengusir jauh memori itu,
namun,aku masih lagi gembira,
kerana kesejukan angin yang memnghembus nafas gembira 'KAMI'
masih lagi basah dalam ingatan,
masih lagi utuh dalam pemikiran.

biarpun,
angin membwa pergi kenangan KAMI,
namun aku akan terus di sini,
bersama awan, bersama matahari,
yang masih setia,
menemani bumi,
aku akan terus di sini,
menanti 'KAMI' untuk terus sama-sama
berjuang.berjihad,
atas nama cinta ILLAHI.


sahabat,
angin yang menghembus ini.
membwa bersama kenangan KITA.
namun yang pasti,
angin itu juga mengukir kegembiraan kita,

terima kasih angin...........
terima kasih ILLAHI.

~for such a flawlessness plan that YOU gave me,
with my classmates.

No comments:

Post a Comment