Sunday, May 2, 2010

Sahabatku bertanya,
"kalau perempuan jatuh cinta,apa yang akan dia buat?"
aku senyum sendri,out of sudden,
an unexpected question from a best friend who i never thought to ask me such question,
mungkin, dia tengah runsing memikirkan sesuatu.
but, somehow that question lingering by vague mind.
undeniably, its hard. again. it difficult to explain.
if it is explainable, it still wouldn't be able to reach the real content of the heart.

bergantung la pada CINTA tu,
Rabiatul Adawiyah pernah berdoa,
"YA ALLAH, andai cinta-Mu berada di neraka, maka campakkanlah aku ke dalam ke neraka"
SubhanAllah, mungkin itu tahap di mana selfishness is zero, or maybe negative.
dan pada diri yang sedang menulis,
itu adalah kayu ukurnya,
mampu ke aku?
tahap dimana dalam hati tiada lagi cinta untuk dunia, tiada lagi cinta untuk manusia,
tiada lagi cinta yang sementara cuma.SubhaAllah.

Sekali lagi, melihat sahabat2 yang pernah berjuang asyik dengan cerita cinta mereka.
yang mereka yakin akan bawa ke syurga, yang mereka yakin akan beri jaminan bahagia dunia,
yang mereka claim, hati akan tenang cinta yang begitu. aku sedih sendiri. Sedih melihat rendahnya martabat cinta pada
pandangan manusia.

"Sesungguhnya di tengah2 kamu ada Rasulullah. Kalau dia menuruti kemahuanmu dalam banyak hal, pasti kamu akan mendapat kesusahan.Tapi Allah menjadikan  kamu CINTA kepada keimanan, dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu. seta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan-jalan yan lurus."

Ayat kesukaanku ini, menjadi base bahawasanya, penciptaa dunia, penciptaan manusia, penciptaan Rasululah,
iman, Islam, hidup, mati, dunia, akhirat, atau apa-apa pun,
dasarnya adalah CINTA, cinta Allah buat hambaNya.

Dan ini,
pandangan hati buat cinta pada manusia....

Semalam ada seorang sahabat berkongsi sesuatu, betapa dia rasa sedih masih wujud perasaan cinta buat lelaki ajnabi, yang bukan haknya secara zahir mahupun batin, betapa dia rasa bersalah menyukai seseorang yang jelas haram baginya. Betapa dia rasa terkilan, kerana sebagai seorang mujahadah yang memburu syahid yang memburu cinta Allah,  yang berjuang di jalan Allah, cinta di hati buat 'dia' masih berbekas...

dan aku, tunduk dalam diam...
ketika itu akal mendominasi bicara.
mengukur diri sendiri.
membasah hati yang kian kering.
muhasabah iman.
menrefleksi akhlak.

sepanjang tempoh aku memegang amanah ini, hinanya aku kerana tak pernah terfikir hal itu.
hinanya aku kerana selalu men'judge' hubungan cinta orang lain, tanpa sedar hati ini kotot dalam debu yang paling dalam.
hinanya aku yang selalu merasakan yang bercouple itu, tidak baik.
yang bercinta itu, tidak manis.

Islam yang aku anuti bukan agama yang menyuruh untuk kita membandingkan betapa baik diri kita, dan betapa jahat orang lain.
Bukan untuk membangga betapa kuat iman kita, dan betapa lemah iman orang lain.
Betapa bagus akhlak kita, dan betapa hina akhlak orang lain.
Betapa hebat ilmu agama kita, dan betapa cetek ilmu agama orang lain.
Betapa superb jiwa rabbaniah kita, yang betapa nafsinya jiwa orang lain.

Sekali lagi, melihat sahabat2 yang pernah berjuang asyik dengan cerita cinta mereka.
yang mereka yakin akan bawa ke syurga, yang mereka yakin akan beri jaminan bahagia dunia,
yang mereka claim, hati akan tenang cinta yang begitu. Doa ku kirim dari jauh.....

Seorang yang disanjungi pernah berkata,
"Aku mencintaimu kerana agamamu, andai hilang agamamu darimu, maka hilanglah cintaku kepada mu..."

Buat cinta pada manusia yang pernah hadir,
mengetuk hati, moga ianya akan terhapus dengan cinta Allah.

Buat hati yang masih degil dengan cinta manusia,
padaku, "to love is to let them go..."
if you love somehow,he/she but if he/she does not destined for u, is it still worth it to love them?
biarlah mereka pergi..
dan andai dia tercipta untukmu , masa akan mengatur suatau masa yang lebih sempurna untukmu.
mereka akan kembali.Pasti.Janji Allah siapa yang mampu menafikan???
Dan anadai hati kamu mash ragu-ragu dengan janji Allah,
reflect ur iman. my iman.
maknanya kamu meragui Tuhanmu sendiri..
Biarlah Allah yang jadi saksinya.
Biarlah Allah yang menentukannya. Kerana itulah yang terbaik.

Mungkin itulah yang akan dibuat oleh seseorang apabila dia jatuh cinta~~

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...
    nadia... syukran..terima kasih.. arigato!..xie2..
    huhu.. saja nak blog walking hari ni kan..
    btw myb i know who that "best friend" hihi..
    n tjuan ucap terima kasih tu coz post ni sgt2 rasa terkena kt batang hidung sendiri.. n terima kasih coz berjaya bangunkan diri yg sdg terleka ni...
    doa kan saya berada di atas jln redhaNYA..
    saya cemburu melihat "org2 yg berjiwa hebat" nih..

    ReplyDelete