Wednesday, February 29, 2012

leap year

previous leap year (29/02/2008)
kadang-kadang kita suka hidup dalam kenangan.
mengenang dan terus mengenang,
hingga kadangkala ada air mata yang tergenang.
[mohonlah moga ianya air mata keinsafan]

saat ini,
sepertinya kita sedang berjuang dengan masa,
berlelah dengan ketika,
bersusah dengan aksara.
saya berbicara tentang peperiksaan dunia.


sekalipun saat itu tarbiyyah bukan datang secara terancang,
aku mohon moga Dia masih mengira itu sebagai perjuangan.
aku mohon moga Dia masih menghitung itu sebagai jihad.
walaupun sebenarnya ia bukanlah apa-apa.


masa berlalu,
bila kita mula mengenal tarbiyyah,
seharusnya kita makin matang memandang dunia.
saat kanak-kanak, saat remaja,
moga berlalu dengan penuh makrifah.
subhanaAllah.


masa berlalu,
mus'ab bin umair syahid di medan uhud pada usia 17 tahun,
Sultan Muhammad al-fateh membuka konstantinopel pada usia 23 tahun,
 Muaz bin Amru bin al-Jumahi dan Muawiz bin Afra’ membunuh Abu Jahal pada usia belia remaja,
Umair syahid di medan Badar pada usia kanak-kanak meningkat remaja!


masa terus berlalu,
menoleh kembali jejak-jejak di belakang,
adakah berbekas ibadat seorang hamba?

merenung kembali saat-saat yang dilewati,

adakah merekah di jiwa insani?


mentafsir mimpi-mimpi yang sudah jadi realiti,
adakah ia istidraj? aku mohon tidak.



leap year (29/02/2012)


memandang masa lalu dengan penuh kasih sayang.
kerana kenangan itu mendewasakan.
kerana memori itu mematangkan.
kerana masa lalu itulah sumber kekuatan.

moga tak larut dalam kehidupan yang pernah kita lalui suatu masa lalu.
kehidupan yang tidak tahu fungsi hidup.
kehidupan yang tidak tahu diri bertuhan.
kehidupan yang tidak tahu mana destinasinya.


belum tentu lagi 29.02.2014 
kita masih bernyawa,
entah kan esok atau lusa,
atau boleh saja sesaat selepas ini,
Dia menjemput kita.
bahagia bukan? berjumpa Dia, 'mereka'?
senyum. sebenarnya takut.
bergetar hati.
ketakutan ini datang kerana takutkan istana dunia yang bakal hancur?



No comments:

Post a Comment