Wednesday, March 27, 2013

hidup untuk akhirat



hati ini sangat degil, ya?
sangat susah untuk memahami,
hakikat dunia hanya bisa digenggam,
bukan untuk diletakkan dalam hati.

ibarat kapal,
diatas lautan,
kalau lautan adalah dunia, 
maka jangan sampai lautan itu masuk ke dalam kapal,
kerana bila itu terjadi,
kita karam,
karam bersama lautan dunia.

kadang-kadang terfikir,
sejak mengenal tarbiyyah,
apa sahaja perubahan yang berlaku,ya?

hati itu masih cintakan dunia,ya?
huhu,
kita lebih mengerti perihal hati sendiri.

kita belajar,
hakikat seorang muslim,mukmin itu,
tanggungjawabnya melebihi masa yang ada.

aku lihat kau masih tidak berganjak.
masih seperti dahulu.
masih sempat membuang masa,
masih sempat beromongan kosong,
masih sempat bergelak tawa tanpa tujuan.

aku lihat kau masih begitu,
qiammu tidak mendekatkanmu denganNya,
hafalanmu tidak berganjak malah tidak menambahkan takutmu padaNya,
doamu tidak lama malah tidak mencairkan egomu padaNya,

aku lihat kau masih orang yang sama,
akhlakmu masih juga begitu,
kata-katamu juga  masih begitu,
pandangan matamu masih juga begitu.
gelak tawamu masih juga begitu.

sesak bukan?

sesak sangat.

bila sebuah hakikat tarbiyyah itu sifatnya mengubah,
dan kau masih tidak berubah,
dan selama ini,
kau berjalan di jalan tarbiyyah,
atas dasar apakah?

hati, belajarlah.
belajarlah melepaskan segalanya yang tidak berhak,
tidak berhak pada hati seorang hamba dan khalifah.

senyum.

mujahadah,
sakitnya.

dan aku harap kau tsabat.
please?

*surat hati kepada hati*



No comments:

Post a Comment