Sunday, August 16, 2015

a journey of a lost heart.

dah terlalu lama tak menulis, 
terlalu lama.
orang kata tulisan ini adalah antara amal dari terjemahan iman
maka bila tulisan tak mampu lagi menterjemah rasa,
tak mampu lagi meniupkan ruh, 
tak mampu lagi menetapkan amal.
maka, aku sendiri lebih tahu,
bagaimana kontangnya iman aku.

pernah ada satu zaman,
kabil dan dengan semangat blognya.
semua ada blog masing masing.
Aishah, Aimi, Ainah, Bela (masih setiap update blog ;P)
tapi sekrang masing masing sibuk dengan macam macam urusan.


pejam celik, pejam celik
dah 4-5 tahun zaman itu berlalu..

...........

selepas zaman berlalu
kenapa begini?

Pernah aku menangis,
mohon Allah kurniakanlah sesaat manisnya mencintaiMu,
supaya aku lupa dunia ni pernah singgah dilubuk hati paling dalam,
supaya aku kuburkan jahiliyah yang aku simpan sendiri di petala bumi ketujuh.

Pernah aku berdoa,
untuk terus kekal merasa bahagia dalam jalan ini,
untuk terus rasa basah dengan perjuangan ini,
untuk terus menerus punya hamasah yang tak tergoyangkan mehnah.

Pernah juga aku memberi taujihat,
untuk teruslah bertaqwa,
untuk teruslah beramal,
untuk teruslah berjuang,
walau pahit, walau susah, walau sesak.

Pernah juga aku ulang dan ulang,
taqwa itu adalah perasaan,
yang cuma engkau dan Allah sahaja yang tahu,
yang cuma hatimu sahaja yang Allah pandang.

kenapa begini?

hati, tolonglah kembali.

Nilai insan itu terletak pada mujahadahnya melawan nafsu.
Hati, jangan terlalu mudah kau jatuhkan nilaimu.

aku harap kau dapat bertahan
aku harap kau masih lagi bertahan
aku harap kau kembali mencari jalan pulang,
aku harap sangat kau tidak terlalu jauh sesat dalam pencarian yang sia sia.

aku harap,
kau tunduk,
menangis,
meratap,
dengan dosamu yang terlalu banyak pada Tuhanmu.

"perjalanan menuju Allah adalah perjalanan hati..."
(Ibnu Qayyim)

No comments:

Post a Comment