Thursday, August 20, 2015

#tbsummer2


sebuah kenangan atas nama cinta 

kenangan adalah sejarah
maka aku lebih lebih memahami 
mengapa sejarah adalah satu satu dari tentera Allah 
tentera yang menguatkan barisan perajurit

dan doa sungguh sungguh
kenangan ini
adalah kenangan bualan syurga


summer kali ini,
dik nan masuk kolej setelah setahun,
dik yu balik sekejap untuk 3 minggu dan balik semula ke Mu'tah.

rumah sunyi,
sesunyi sunyinya.
teringat zaman first year di Cork.
moment yang paling aku tak suka,
moment duduk sendiri.
the silence is killing me.
bunyi yang paling tak sedap dengar bunyi 'sunyi'
pernah dengar bunyi tu?
bunyinya seperti bunyi cengkerik yang tak ada titik henti.

duduk termenung,
renung satu satu bilik,
bilik dik yu dan bilik dik nan.

kalaulah seorang kakak pun serindu ini,
maka aku tak bayangkan bagaimana rindu seorang ibu pada anak anaknya.

tapi mama tabah,
mama tak akan menangis depan anak anak.
tak pernah aku lihat dan aku dengar tangisan mama,
melainkan dalam sujud sepertiga malam mama,
dalam bait bait doa buat anak anak.

semua membesar,
tapi tak semua matang kan?
tapi aku belajar dari kenangan,
kematanganlah yang membuatkanmu cantik dari selalu.

semua membesar,
tapi tak semua dewasa,
tapi aku belajar dari kenangan,
kedewasaanlah yang membuatkan tabah dari selalu.

kerana pada akhirnya,
kau hanya mahukan pengakhiran yang tenang.

pernah aku moment,
kami diuji dengan kehilangan tok wan ayah,
tok wan dah jadi macam ayah sendiri kan?
selepas beberapa ketika,
tok lang meninggal.

dik yu seolah bertanya satu soalan yang retorik,
"ingat senang ke nak move on?"

tak senang dik.

tapi definisi bahagia kita berbeza kan?
belum tentu yang senyum itu bahagia,
belum jamin yang gelak dekah dekah itu gembira.

aku simpulkan perbincangan definisi bahagia kami dengan kisah dari
al-Insyiqaq

perihal golongan yang menerima dari tangan kanan,
kembali kepada keluarga mereka dengan gembira,
sukacita kata Allah!

sedang golongan kiri,
dulu pernah gembira bersama keluarga,
tetapi gembira dalam keingkaran.

seperti mana bahagia punya definisi yang subjektif,
mari letakkan kisah perjuangan kita menuju Allah 
sebagai dasar kebahagiaan.

penat dan lelah ...

sakit dan derita ...

tangis dan tawa ...

senyum dan bahagia ...

harap harap Allah terima.

walau dunia nampak sakit, 
nampak sorang sorang pergi dahulu,
tapi semuanya tunggu kami di syurga kan?

yang di dunia,
masih perlu berjuang kan?

sebab,
selain berjuang,
kau tiada pilihan lain.

sebab,
putus asa,
bukan sifat mukmin.

No comments:

Post a Comment