Tuesday, August 3, 2010

hari ini...

hari ini saya sangat sedih, sangat -sangat sedih,sehinggakan pada saat entry ini ditulis saya masih menangis.
first time menangis di hadapan ustazah di dalam kelas,
bukan dalam percaturan hidup untuk hari ini.tapi Allah lebih mengetahui mengapa saya diuji begini.

sungguh!kata-kata adalah pedang yang sgt tajam.
saya marah.marah sangat2.hinggakan badan saya bergetar menahan marah...hinggakan air mata keluar
tanpa saya segan wujudnya ustazah betul2 di hadapan.
tanpa saya malu lagi untuk pertahankan pegangan saya untuk tak menangis di hadapan sahabat2 lain.

gelaklah , sahabat-sahabat.andai kata-kata itu melucukanmu.
saya menagis bukan kerana gelak tawa kamu kepada saya,
namun saya menangis kerana gelak tawa itu adalah mainan kepada hak Allah yang saya pertahankan.
inilah UJIAN....

hinggakan pada waktu dhuha, saya masih menangis.
ntah bila tangisan ini akan menangis, saya tak pasti,namun...yang pasti marah,sedih,bercampur jadi satu.

pernah ada seorang sahabat baik memberi nasihat ,
berlapang dadalah dengan sahabatmu.

dan mungkin hati saya yang bermasalah~
kerana masih tak mampu untuk berlapang dada dengan kata-kata sahabat, gelak tawa mereka

pernah ada sahabat memberitahu,
maafkanlah sahabat walaupun dia ada menyinggung hatimu.

dan jelas hati saya masih bermasalah,
kerana masih tak berdaya untuk melenyapkan setiap tindakan dan kata-kata yang saya terima.

"adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka (dengan kata-kata menghina), mereka mengucapkan salam..." (25;63)

jelas, saya masih belum beriman dengan ayat ini,
walaupun sudah mengetahui hakikatnya berbulan dahulu...

"dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan.Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara vyang lebih baik , sehingga orang yang ada rasa permusuhan di antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. dan sifat - sifat yang baik itu tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang0orang yang mempunyai keberuntungan yang besar." (41;33-34)

jelas sekali Allah cuba menguji saya sejauh mana saya beriman dengan ayat yang baru ditadabbur,
dan ternyata saya masih belum sepenuhnya beriman....

biarlah sahabat-sahabat saya....
biarlah juga luka di hati ni...

saya masih tetap akan memgunakan perkataan 'sahabat' walaupun hakikatnya bukan begitu.

No comments:

Post a Comment