Thursday, June 2, 2011

sebuah kisah comel~

ini bicara tentang DIRI
diri yang makin hanyut ditelan kesenangan dunia.
diri yang kian cair dihangat kegembiraan dunia.

betullah.sekalipun kecil cuma perbuatan mahupun percakapan kita.
sandarlah ia kerana yang Esa.
kalau tidak.rugi.sia-sia.penat.lelah.letih.
mungkin gembira sekejap.
namun ianya  hanyalah kegembiraan yang sementara.
tanpa punya kesinambungan hingga ke akhirat sana.

suka untuk saya berkongsi sebuah kisah.
kisah tentang sebuah perjuangan kecil.
kecil cuma.
tampak remeh dipandangan manusia.
malah,sangat2 remeh.
mungkin,sesetengahnya dan ramai akan turut mengatakan ianya tiada harga.
tiada berguna.
tiada apa-apa.

ianya  sebuah kisah tentang peluh...

sejujurnya ia menggelikan bukan.
melekit.
masin.err,mungkin itulah rasanya.sebab tu excretion product.
sejujurnya juga,saya sgt2 tidak suka tentang perihal peluh.

namun, sebuah kisah telah membuka  mata saya....

di padang mahsyar nanti...
saat semua umat manusia dikumpulkan...
masing-masing dengan perihal sendiri....
yang munafiknya akan meminta-minta cahaya daripada orang beriman...
yang tidak berimannya akan merintih-rintih...
merayu-rayu..memohon pada Allah agar dikembalikan kedunia..
pada saat itu, matahari sejengkal daripada kepala..
subhanAllah..pastinya tidak tergambar kepanasannya...

saat itu juga, akan keluarlah bendalir-bendalir dalam badan manusia.
hingus, kahak, nanah, peluh...
sgt2 memualkan dan menggelikan..
dikisahkan ada manusia yang lemas dalam peluh dan bendalir badan sendiri.
tak tergapai dek pernafasan,kerana dibanjiri cecair itu.
mereka itu golongan yangkafir...


kerana di dunia dahulu mereka TIDAK PERNAH
menginfakkan peluh mereka ke jalan Allah...
dan bagi orang2 beriman, di dunia dahulu,
peluh2 yang mengalir di atas jalan Allah, kerana Allah.
boleh mengurangkan jumlah peluh di akhirat.
SUBHANAALLAH.


pada saya..
kisah ini sebuah kisah yang menakjubkan..
kerana setitik peluh.
yang dulunya sungguh betapa hina di mata saya.
namun Allah mengangkat martabat peluh di satu takuk yang tinggi.
hingga bisa menjadi penyelamat manusia.
daripada seksaan di padang mahsyar.


hanya kerana DIA.
peluh menjadi saksi dunia,
suatu tika nanti,
peluh bakal bersaksi,
bahawasanya hambaMu ini pernah suatu ketika didunia, menginfakkan tenaga, hingga peluh yang keluar dari jasadnya adalah keranaMU..

betapa besar kuasa NIAT.
bisa menukarkan setitik peluh dunia,
menjadi nilaian hebat di akhirat.




p/s:jom!kumpul peluh keranaNYA, untukNYA.err, gambar diatas tidak menutup aurat dengan sempurna.harap maaf.

No comments:

Post a Comment