Friday, June 3, 2011

kita adalah kita.kekal sebagai ansarallah

kita bukan pertubuhan politik
sekalipiun soal-soal siasah yang berdasarkan kaedah-kaedah Islam merupakan intipati fikrah yang kita perjuangan.
kita bukan pertubuhan kebajikan 
sekalipun amal-amal kebajikan dan kerja-kerja Islam merupakan tujuan kita 
yang paling besar.
kita bukan pasukan riadah, 
sekalipun kegiatan-kegiatan riadah, baik untuk jasad dan roh adalah merupakan 
wasilah kita yang paling penting.
kita tidak tergolong ke dalam pertubuhan-pertuguhan yang ada sekarang.

kerana semua pertubuhan ini munculsebagai hasil matlamat-matlamat
yang diada-adakan, terbatas dan untuk masa yang terbatas.

boleh jadi pertubuhan-pertubuhan itu diwujudkansemata-mata ingin menubuhkan sesuatu pertubuhan dan didorong oleh keinginan untuk mendapatkan ganjaran-gelaran, dan pangkat dalam penyusunan pentadbiran organisasi pertubuhan itu..

tetapi perjuangan kita adalah perjuangan fikrah dan akidah, satu sistem dan method yang tidak diatasi oleh tempat, tidak terikat kepada satu-satu jenis keturunan,
tidak diatasi  oleh batas-batas geografi,
dan tidak akan tamat dengan penyelesaian satu masalah,
malah akan berterusan hingga ke hari kiamat,
kerana Islam adalah sistem ciptaan Allah,
Tuhan semesta alam dan method bagi rasulNya yang amin..

dengan tidak bermegah-megah,
kita menyatakan kepada manusia seluruhnya bahawa kita adalah pengikut sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. 
pendukung panji-panji Islam setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.
kita adalah orang-orang yang menjulang kembali bendera Rasulullah s.a.s.
sebagaimana para sahabat telahmenjulangnya.
kita akan menyebarkan dakwah Rasulullah s.a.w. 
sebagaimana para sahabat telah menyebarrkannya.
kita akan memelihara peranan Rasulullah s.a.w. 
sebagaimana para sahabat telah memeliharanya.
kita akan menjadi pembawa berita gembira melalui dakwah Rasulullah s.a.w.
sebagaimana para sahabat telah berbuat demikian dan sebagai rahmat kepada sekalian alam.
tidak lama lagi kamu akan mengetahui berita ini. 

KAMU adalah satu roh baru yang mengalir dalam urat nadi umat ini, lantas kamu menghidupkannya dengan al-Quran.
KAMU adalah satu cahaya baru yang memancar yang akan menghancurkan
kegelapan fahaman kebendaan dengan mengenal Allah.
KAMU adalah suara-suara lantang yang 
melaungkan kembali dakwah Rasulullah s.a.w.


IMAM HASSAN AL-BANNA

No comments:

Post a Comment