Friday, August 24, 2012

jumaat yang dinanti, yang sentiasa diberkahi.

teringat dulu-dulu bagaimana perasaannya bila diuji dengan kematian orang yang tersayang.
berkali-kali ujian yang menyentakkan pangkal hati.
di sudut paling dalam hanya Allah sahaja yang tahu, yang mengerti.
hingga diri sendiri pun gagal mentafsir apa jenis rasa yang dikandung oleh hati.
hingga diri sendiri pun tidak mampu lagi menelah apa sebenarnya hikmah yang Allah cuba bicarakan pada mahkamah hati yang sentiasa berbolak balik penghakimannya.
selepas satu, satu dan kemudian diuji lagi.

hingga pada saat ini, pada ketika ini,
saya sebenarnya masih mencari-cari hikmahnya, 
dan pencarian itu tidak pernah akan berhenti hingga nafas masih dikandung hayat.

dan dua tiga hari ini dikejutkan dengan ujian yang menimpa 'mereka'
'mereka' yang sentiasa dalam doa dan ingatan saya.
terkejut. sungguh terkejut. 

sejujurnya, andai diuji sebegitu,
saya pasti tidak mampu lagi. pada ketika ini, masih tidak mampu memangku beratnya ujian sebegitu. sama ada soal hati yang tidak kuat mahupun soal jiwa yang tidak segagah mereka.
saya pasti tentang itu.

setenang bicara mereka.

setulus kata mereka.

seulas harapan mereka.

secangkir doa mereka.

sangat mengagumkan. sangat mem'bersih'kan . sangat menyucikan.

entahlah. 'mereka' ini belum sempat saya bertemu wajah ke wajah. berusaha untuk berjumpa namun masih tiada rezeki untuk bertemu. hanya Allah sahaja yang mengetahui kenapa kami masih belum diketemukan. 

buat mereka,

sakit. saya tahu sakit itu, mungkin saya tidak mampu memahami,
hatta oleh akal mahupun hati. tapi saya tahu ujian itu menyakitkan.

kecewa. saya tahu kecewa itu,sejujurnya mungkin saya tidak bijak mentafsir,
hatta dari bayangan aksara mahupun bicara. tapi, saya tahu kecewa itu bagaimana.

lelah. saya tahu lelah itu, mungkin saya tidak bisa mengagak kelelahan itu,
hatta dari kesatan air mata mahupun peluh sekalipun. tapi, sungguh. saya tahu lelah itu.

bila Allah memilih antunna,
sungguh antunna adalah yang terpilih diantara berjuta,
yang sedang dipandang olehNya, dengan pandangan kasih sayang,
pandangan rahmat.

Allahurabbi...

moga ujian ini mendekatkan kita lagi dengan syurgaNya, redaNya, kasihNya.

sedang pada pada waktu yang sama,

ada adik-adik yang sedang tersenyum bahagia,
menerima placement yang ditetapkan oleh Rabbu Jalil, 

itulah kitaran kehidupan.

ada saatnya kita bahagia,

namun di saat yang lain, kita berduka.

suka, duka, bahagia, derita itu akan saling silih berganti,
dan Tuhan itu Maha Adil,

derita kita hari ini,
pasti ada bahagia di satu sinar nanti.

bahagia kita tika ini,
pasti ada air mata akan mengalir tanpa diimpi.

percaya,
dan teruslah percaya,

bahawa takdir Dia itu tak pernah bersifat menzalimi hambaNya,
tak pernah bersifat memusnahkan harapan si hamba itu
tapi, itu tanda cinta.
supaya kita mengerti,
kehidupan ini masih sangat perlu berharap pada bantuanNya, pertolonganNya, rahmatNya, kasih sayangNya, cintaNya.

supaya hati itu lebih memahami,
bahawa kisah cinta antara seorang hamba dan Tuhannya,
tidak hanya termaktub pada soal solat dan puasa,
tapi kisah cinta itu adalah pengharapan kehadiranNya dan cintaNya pada setiap saat.

pengharapan kepada Dia.

sahabat dahulu menangis mengharapkan ujian.
bimbang bila ujian tidak kunjung tiba, adakah Dia lupa pada mereka?

benar, 

bahagia itu ujian,
kaya itu ujian,
senang itu ujian,

derita tapi kenal siapa Tuhan itu lebih bahagia untuk dikenang hingga ke syurga,bukan?

miskin tapi mengerti tujuan hidup hanya untuk mengabdikan diri padaNya itu lebih membahagiakan untuk dibawa ke syurga,bukan?

sepi dalam keramaian itu lebih menenangkan bukan, dari senang tapi lupa Dia?


sekali lagi,
pena telah diangkat dan dakwat telah pun kering.

nikmat mana yang kamu mahu dustakan?


2 comments:

  1. somehow, i feel that this post is dedicated to me. ;'') (sorry, terperasan)
    apapun, jazakillahkhayr

    sayangawakfillah, cik nadia. iA :)

    (identity adalah rahsia hikhik)

    ReplyDelete
  2. Allahu rabbi..

    #airmate

    doakan

    ReplyDelete