Sunday, August 19, 2012

nostalgic.

t.a.r.b.i.y.y.a.h

menjejaki memori masa lalu,

melewati cebisan saat duka gembira suatu masa lalu,

melalui lorong-lorong kehidupan lalu,

merenung,menatap, dan menjenguk lipatan sejarah suatu masa lalu,


rasanya:

manis,pahit,masam,pelat,kelat,pahit,
[hoho.the pesimis and paranoid side of me]

sekelat atau semasan mana kenangan dan ujian masa lalu,
itulah tarbiyyah.
5 tahun di sekolah agama,

5 tahun yang setiap petangnya selepas jemaah asar,pasti kena baca mathurat.

5 tahun yang setiap harinya pasti ada tazkirah,

5 tahun hidup bersama bahasa syurga,

5 tahun berpanas bersama solat jemaah,

5 tahun menangis bersama ujian-ujian yang datang tanpa disangka.

saya kira,
5 tahun ini.

itulah tahun-tahun persediaan.

mungkin yang namanya perasaan ketika menghadapi setiap detik bersama 5 tahun yang penuh bermakna itu, perkataan 'tarbiyyah' tidak pernah saya rasakan begitu bermakna, tidak pernah saya sangka akan jadi begitu significant, tapi itulah 5 tahun yang membesarkan saya dengan pelbagai rasa. sedih,suka, tangis, tawa, rajuk, bahagia, derita, sengketa, senang,senyum, sakit, sihat. 

5 tahun menyimpan pelbagai rahsia rasa.

rahsia rasa saya dengan Dia.

rahsia rahsia saya dengan mereka.

rahsia rasa saya dengan diri saya.

rahsia rasa inilah,

yang membentuk diri saya.

dan 5 tahun ini,

saya mohon agar setiap detiknya,

adalah detik-detik yang diredaiNya.


4 tahun sudah berlalu.

sudah membesarkah diri?

sudah dewasakah hati?

4 tahun berlalu,

apa bezanya kita yang dahulu dan kita yang sekarang?

hati itu
makin menundukkah?

merenung apa yang dipunya sekrang,
istidrajkah ini?
mohon tidak. nau'zubillah.



bicaranya perubahannya bukan soal pakaian,
bicaranya bukan soal rupa,

tapi kita berbicara soal hati.
yang tiada siapa melihat kecuali Dia.

sekali sekala, 
hati itu perlu ditanya,

"apa rasanya bernafas dalam jiwa hamba?"

manis, pahit,masam,kelat, sedih, duka, derita, gembira,
hamburkan pada Dia.

itu lumrah hamba.




No comments:

Post a Comment