Wednesday, October 24, 2012

murabbi - mama


"moga Allah bagi kekuatan kat kita puasa pada 9 zulhijjah dan doa banyak2"

"salam wukuf di arafah..banyak berdoa hari ini dan moga Allah terus suburkan kita"



"ada peluang mama dan dik yu pi masjid bukhari pagi ni kuliah ustaz zainal asri...ari raya jangan lupa pakai baju raya dalam kelas"

ada air mata yang mengalir.


dalam bait-bait pesanan mama.

sesak,sebak,sayu.

bukan soal hari raya.


bukan soal perayaan.

tapi soal perasaan.

kadang-kadang terfikir, mcam rasa nak quit every things here. every things yang ada kena mengena dengan dunia yang terlalu dicintai ini. terlalu sibuk dengan pelbagai macam benda, entah apa yang disibukkan sangat, tak pasti.

kadang-kaang terfikir, macam nak lari dari semua ni. just nak balik. nak duduk senyap-senyap. nak hidup dengan penuh aman damai di sana.

kadang-kadang terfikir, macam nak terbang ke tanah tumpah darah. nak kembali kepada kehidupan yang sangat best.

bangun , jenguk sudut bilik, mama dengan tahajjudnya. dengan doa penuh sendunya.

masuk subuh, akan gerak ke surau, solat jemaah sekali.

lepas subuh, balik rumah, settlekan kerja rumah: basuh baju, berkebun, kemas rumah.

masuk isyra', mama akan solat sunat isyra' dan kemudian dhuha.

lepas dhuha, satu family akan siap-siap untuk pergi majlis ilmu sampai tengah hari.

balik dari majlis, akan ke pasar / or pergi ziarah rumah sapa2.

setiap petang after asar, akan ke masjid.

setiap hujung minggu, jumaat dan sabtu, begitulah jadualnya.

setiap hari, mama dan perjuangannya.

mama, sejak ayah meninggal, tak pernah tinggalkan tahajjud.

8 years and counting...

sekali dua bila terlalu letih, mama akan hantar msej,

"mama bangun lambat hari ni, dah masuk subuh"

mama, murabbi hebat.

nak punya jiwa sebasah dan sekental itu.

mood: rindukan biah tarbiyyah di rumah. yang basah.

sini: kering dan tandus. setandus jiwa yang sudah lama tidak dibasahkan dengan rintihan kerinduan pada Dia.

soal basah dan kering.

adalah soal usaha kita.

tapi masih tetap rindukan biah di rumah.



3 comments:

  1. Benarlah, tiada perjuangan tanpa pengorbanan! Islam cukup indah, mengajarkan kepada ummatnya betapa besar erti berkorban. Selamat Berkorban Menuju Cinta ILLAHI..sahabat..

    T_T

    ReplyDelete
  2. walaupun tak pernah bertemu dgn murabbi mama, tp ana percaya, dia mmg murabbi hebat,
    stay strong sister :)

    ReplyDelete