Monday, March 26, 2012

nota masa tanpa nama.

 
hari-hari semalam yang berlalu,
jauh ditinggalkan,
mana mungkin akan kembali,
pasti tidak akan kembali,
merekalah saksi,
merekalah bukti,
merekalah parameter,
kufur atau imankah jiwa 'salim' kita.


setiap detik kehidupan itu pencarian,
setiap denyutan nadi itu pembersihan,
setiap patah kata itu pertanggungjawaban,
setiap derap langkah itu perjuangan,
setiap deru nafas itu pernyaksian,
pencarian, pembersihan, pertanggugjawaban, perjuangan dan penyaksian itu,
seharusnya pada Dia.


mana mungkin hidup ini bisa sesuka hati,
hatta pada saat memasukkan kaki ke dalam kasut,
hatta pada detik membuka mata di hening pagi,
hatta pada ketika menderu nafas kedalam keluar,
mana mungkin sesuka hati seperti itu.
kerana apabila Tuhan memilihmu untuk melihat dunia,
Dia mengiktirafkan darjat kehambaan kepadamu.


penghambaan apa yang lebih suci lagi menyucikan daripada ini?


 


sebenarnya saat hatimu kosong tanpa rasa ,

saat masamu berlalu tanpa makna,
saat jiwamu hilang tanpa berita,
saat tangismu kering tanpa rela,
kau dan aku sebenarnya menderita.
derita tidak mengenal Dia.


sayang dan sangat kasihan,
buat mereka yang menangis kerana dunia, bukan kerana Dia.
buat mereka yang berjuang kerana harta, bukan kerana redaNya,
buat mereka yang bermatian kerana manusia, bukan kerana cintaNya,
buat mereka yang hidup, tanpa tahu tujuan hidup keranaNya.


moga aku, saya, kita, bukan 'mereka' yang di atas.


mohonlah, rayulah, merataplah, 
moga kita seperti 'mereka' di bawah,





kalau perlu untuk berpura, berpuralah untuk menangis.
supaya kau tahu, supaya aku mengerti,,
erti air mata kerana Dia,
bukan harganya satu sen cuma,
tapi harganya padaman api neraka.
maka nikmat mana lagi yang kau mahu dustakan?

~aku yang hairan dengan tingkah manusia yang jiwanya hamba~





No comments:

Post a Comment